Infotainment

Israel Langgar Janji, Hantar Vaksin Hampir Tarikh Tamat Tempoh Kepada Palestin

Israel Langgar Janji, Hantar Vaksin Hampir Tarikh Tamat Tempoh Kepada Palestin

Israel Langgar Janji, Hantar Vaksin Hampir Tarikh Tamat Tempoh Kepada Palestin 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Israel terus bertindak kejam terhadap Palestin apabila tergamak memberi vaksin COVID-19 yang hampir tarikh tamat tempoh. Difahamkan Kementerian Kesihatan Palestin telah membatalkan perjanjian terbabit pada hari Jumaat yang lalu setelah mengetahui mengenai isu tersebut. Perjanjian ini membabitkan pengiriman 1.4 juta dos Pfizer-BioNTech ke Palestin oleh Israel.

Pada peringkat awal perjanjian, Kerajaan Israel yang dipimpin oleh Perdana Menteri Naftali Bennett dalam satu kenyataan menyatakan vaksin yang dihantar ke Palestin akan hampir tarikh tamat tempoh. Palestin yang sedar dengan isu tersebut telah bersetuju dan dalam masa yang sama akan mempercepatkan program vaksinasi di Tepi Barat dan Gaza.

Menteri Kesihatan Palestin, Mai Alkaila berkata bahawa pada perbincangan bersama, Israel menjanjikan vaksin yang hampir tarikh tamat tempoh pada bulan Julai atau Ogos. Tetapi vaksin yang sampai kepada Palestin mempunyai hampir tarikh tamat tempoh pada bulan Jun ini. Ini tidak memberikan banyak masa kepada Palestin, jadi mereka terpaksa membatalkan perjanjian itu. Pembatalan ini menyaksikan Palestin mengirim semula sekitar 90,000 dos ke Israel.

Bagi kumpulan hak asasi manusia yang melihat situasi ini. Mereka menyuarakan kritikan terhadap Israel yang mengancam nyawa penduduk Palestin apabila menafikan hak akses kepada vaksin COVID-19 di kawasan Tebing Barat dan Gaza, satu wilayah yang ditawannya dalam perang tahun 1967. Selain itu mereka juga mendakwa bahawa Israel bertindak sedemikian terhadap Palestin disebabkan mereka akan mendapat vaksin baru yang sepatutnya diperuntukkan kepada rakyat Palestin.

Untuk rekod, kira-kira 55% daripada 9.3 juta penduduk Israel sudah menerima suntikan vaksin sepenuhnya. Manakala kira-kira 30% rakyat Palestin yang memenuhi syarat di Tebing Barat dan Gaza telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, menurut laporan media antarabangsa.

Pekerja Yahudi di Google desal CEO sokong Palestin, kutuk kekejaman Israel. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Pekerja Yahudi Di Google Desak CEO Sokong Palestin, Kutuk Kekejaman Israel



Israel Langgar Janji, Hantar Vaksin Hampir Tarikh Tamat Tempoh Kepada Palestin 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo