Artikel Terkini

Jemaah umrah Malaysia ‘serbu’ Restoran Felda D’saji di Mekah

Jemaah umrah Malaysia ‘serbu’ Restoran Felda D’saji di Mekah
Jemaah umrah Malaysia ‘serbu’ Restoran Felda D’saji di Mekah 1

PUTRAJAYA – Setelah lebih dua tahun tidak beroperasi, pembukaan semula Restoran Felda D’saji di Mekah kelmarin ternyata disambut dengan penuh perasaan keterujaan.

Perkembangan tersebut disaksikan apabila ribuan jemaah umrah warga Malaysia tidak putus-putus datang bagi mengunjungi premis itu sejurus ia beroperasi kembali.

“Alhamdulillah, hari pertama pembukaan semula restoran,” kata laman sosial rasmi Felda di mana hantaran itu turut meraih lebih 1,300 tanda suka daripada netizen.

Hantaran berkenaan turut memuat naik beberapa gambar memaparkan suasana sibuk selain menunjukkan ramai pengunjung beratur panjang bagi membeli juadah di premis itu.

Rabu lalu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri melalui akaun sosialnya mengesahkan restoran itu dibuka kembali.

Restoran dimiliki oleh Felda Middle East Sdn. Bhd.(Felme) iaitu subsidiari agensi tanah persekutuan itu terkenal kerana ia satu-satunya menyajikan menu Malaysia di Mekah.

Kedudukan yang strategik di aras tiga Hotel al-Safwah Royale Orchid iaitu hanya 50 meter dari Masjidil Haram, menjadikan premis ini tumpuan utama jemaah dari Malaysia.

Felme yang mula beroperasi di Mekah pada 2008 menguruskan restoran itu yang dibuka 24 jam setiap hari sebelum menubuhkan pula Restoran Malaysia di Jeddah pada 2015.

Ia juga mewujudkan Unit Katering yang dikenali sebagai D’Saji Malaysian Kitchen di Batha Quraish, Mekah pada 2011 dengan peringkat awal membekalkan 400 sajian sehari.

Sebelum ini, operasi Restoran Felda D’saji terpaksa digantung pada Mac 2020 lalu apabila sempadan Arab Saudi ditutup kepada dunia luar susulan isu penularan wabak Covid-19. – KOSMO! ONLINE


Jemaah umrah Malaysia ‘serbu’ Restoran Felda D’saji di Mekah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo