Artikel Terkini

Jepun sambar tiket kalah mati

Jepun sambar tiket kalah mati
Jepun sambar tiket kalah mati 1

AL RAYYAN – Jepun mencipta kejutan sensasi apabila mengesahkan tiket ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Sepanyol 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan F sebentar tadi.

Kemenangan yang amat berharga di Stadium Antarabangsa Khalifa itu secara tidak langsung menjadikan gergasi Asia tersebut mara ke peringkat kalah mati sebagai juara Kumpulan E.

Ia sekali gus menolak Sepanyol jatuh ke tangga kedua dan lebih malang turut menyingkirkan Jerman dari pentas Piala Dunia 2022 biarpun lawan itu menang besar 4-2 ke atas Costa Rica.

Ia merupakan hari paling malang dalam sejarah bola sepak Jerman kerana kali kedua berturut-turut bekas juara dunia empat kali tersingkir di peringkat kumpulan selepas mengalaminya pada edisi 2018.

Skuad Samurai Biru pula selayaknya ‘berpesta’ dengan kejayaan itu kerana tiada siapa meramal mereka mampu muncul dua pasukan terbaik daripada kumpulan maut tersebut.

Jepun sambar tiket kalah mati 2
TANAKA (tengah) meledak gol kedua Jepun menewaskan Sepanyol 2-1 sebentar tadi. – AFP

Biarpun sekadar memegang 17 peratus penguasaan dengan enam percubaan tetapi dua gol pantas dalam tempoh tiga minit sudah cukup untuk ‘menghadiahkan’ kejayaan buat Jepun.

Dua pemain Jepun yang beraksi bersama kelab Jerman iaitu Ritsu Doan dari SC Freiburg dan Ao Tanaka (Fortuna Düsseldorf) muncul wira apabila masing-masing meledak gol pada minit 48 serta 51.

Sepanyol pula gagal menewaskan penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda buat kali kedua dalam aksi itu selepas membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi Alvaro Morata.

Di pusingan 16 terbaik nanti, Jepun akan berdepan naib juara Kumpulan F, Croatia pada Isnin ini, manakala Sepanyol menentang juara Kumpulan F, Maghribi sehari kemudian. – KOSMO! ONLINE


Jepun sambar tiket kalah mati 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo