Berita

Jota akui peranan Salah, Mane


Bergamo, Itali: Penyerang Liverpool, Diogo Jota mengakui beraksi bersama pemain seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane meningkatkan lagi prestasinya selepas meledak hatrik ketika menewaskan Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara.

“Saya beraksi dengan pasukan terbaik dalam karier saya setakat ini,” kata pemain berusia 23 tahun itu yang kini menjaringkan gol dalam empat perlawanan berturut-turut sejak berpindah dari Wolves pada September lalu.

Pemain Portugal itu hanya muncul pemain kedua meledak gol dalam dua penampilan pertama saingan Liga Juara-Juara untuk Liverpool sejak Robbie Keane pada 2008 selepas melakukannya ketika menewaskan Midtjylland 2-0.

JOTA (dua dari kiri) meledak gol pembukaan Liverpool. FOTO AFP
JOTA (dua dari kiri) meledak gol pembukaan Liverpool. FOTO AFP

Jota meledak dua gol pada babak pertama dan melengkapkan hatrik pada minit ke-55 di Bergamo selepas Salah dan Mane melebarkan jaringan selepas rehat.

“Jelas mereka (Mane dan Salah) dua pemain berkelas dunia, kita tahu kualiti mereka yang memudahkan lagi tugas saya dan kami menikmati perlawanan hebat bersama hari ini.

“Lima gol, ia bukan selalu berlaku. Kami menjaringkan gol awal dan ia detik yang baik bagi saya dan pasukan. Selepas itu kami dapat mencorakkan perlawanan.

“Rekod bersih perlu dipertahankan dan jika mampu melakukannya ketika menentang City, kami akan menang,” katanya merujuk aksi Liga Perdana pada Ahad ini.

Bagaimanapun, pengurus Jurgen Klopp menegaskan prestasi Jota tidak memberikan masalah kepadanya dalam pemilihan pemain dengan Roberto Firmino direhatkan menjelang pertembungan dengan City.

“Prestasi mantap tidak membuatkan saya pening,” kata pengendali dari Jerman. “Pada malam ini jelas cara Atalanta bertahan memerlukan kelincahan Diogo yang sangat membantu mencapai kemenangan.

“Anda tak boleh lupakan peranan Bobby Firmino kerana kami tidak akan berada dalam Liga Juara-Juara jika dia tidak bersama kami.

“Dia akan bersama pasukan dan jika anda bertanya kepada penyokong di seluruh dunia ‘apa yang menjadi Liverpool istimewa’ mereka akan berkata cara Bobby Firmino beraksi.

“Bagi kami penting ada lebih daripada 11. Malam ini Diogo sangat cemerlang tapi ia tiada kaitan dengan Bobby.”

Sementara itu, skuad Gian Piero Gasperini yang bangkit mengikat Ajax 2-2 sebelum ini gagal membendung asakan Liverpool.

Dua penyerang Colombia, Duvan Zapata dan Luis Muriel gagal memecah kekebalan pertahanan Liverpool yang kehilangan Virgil van Dijk akibat kecederaan.

“Ia sangat mengecewakan, kami ketinggalan dalam banyak aspek,” kata Gasperini.

“Liverpool lebih kuat daripada kami dengan kualiti dan jurang yang lebih hebat. Kami gagal bertahan.”



Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo