Artikel Terkini

Kalangan lima negara ASEAN termasuk Malaysia berdepan risiko peningkatan kredit – Moodys

Kalangan lima negara ASEAN termasuk Malaysia berdepan risiko peningkatan kredit - Moodys 1

Kalangan lima negara ASEAN termasuk Malaysia berdepan risiko peningkatan kredit - Moodys 2

Kalangan lima negara ASEAN termasuk Malaysia berdepan risiko peningkatan kredit - Moodys 3

KUALA LUMPUR: Moody’s Investors Service berkata langkah dasar yang diambil dalam kalangan lima negara ASEAN akan mengurangkan kesan negatif COVID-19 namun tidak akan mengimbangi peningkatan risiko kemelesetan atau kredit bagi kebanyakan sektor.

Dalam laporan terkini hari ini, Moody’s memberi penarafan (berdasarkan Penarafan Obligasi Korporat Jangka Panjang) A3 stabil kepada Malaysia, Filipina (Baa2 stabil), Indonesia (Baa2 stabil), Vietnam (Ba3 negatif) dan Thailand (Baa1 stabil).

“Pelbagai polisi yang diambil akan meringankan tekanan kredit-negatif kepada syarikat, bank dan ekonomi yang lebih meluas, namun, kelemahan perdagangan, harga komoditi dan sentimen umum akan menampung pertumbuhan lima negara terbabit,” kata Penolong Naib Presiden Moody’s Deborah Tan.

Menurut laporan itu, lima negara berkenaan bersepadu dalam rantaian bekalan pembuatan serantau dan mengalami penurunan mendadak dalam aliran perdagangan luaran, manakala sekatan perjalanan yang masih berlaku turut mempengaruhi perolehan dan pendapatan eksport melibatkan pelancongan.

Pada masa yang sama, harga komoditi yang lembap menekan perolehan fiskal bagi pengeksport komoditi.

Ketidakstabilan pasaran kewangan mencetuskan aliran keluar modal pada Mac dan April, walaupun kebergantungan yang rendah bagi hutang dalam denominasi mata wang asing bagi kebanyakan kerajaan akan melindunginya daripada risiko penyusutan nilai mata wang.

“Kos fiskal kepada langkah-langkah sokongan itu akan menjadi signifikan dengan beban hutang yang stabil mulai 2021 bagi kebanyakan negara, walaupun kalangan lima negara ASEAN itu mempunyai penampan yang mencukupi sebelum pandemik itu yang menyediakan mereka ruang fiskal untuk memberi maklum balas terhadap krisis itu,” kata Tan.

Moody’s mendapati langkah-langkah dasar bagi sektor kewangan kebanyakannya memberi penekanan untuk menyediakan mudah tunai kepada bank untuk menyokong pinjaman baharu dan menerusi penstrukturan kredit seperti moratorium hutang.

Menurut analisisnya, selepas moratorium itu berakhir, pinjaman bermasalah bank dijangka meningkat.

“Beberapa sektor korporat akan menerima manfaat langsung daripada bantuan kerajaan dengan perusahaan milik negara yang penting dijangka mendapat keutamaan menerima sokongan kewangan langsung. Namun, syarikat milik swasta turut menerima bantuan daripada langkah dasar yang lebih luas seperti pengecualian sementara cukai dan kadar faedah yang rendah.

“Sektor infrastruktur akan turut menerima sokongan yang terhad berikutan beberapa negara di rantau ini telah mengambil langkah untuk menyokong syarikat-syarikat terbabit melainkan Indonesia,” katanya.

Moody’s berkata kerajaan juga telah mengalihkan sebahagian daripada beban berkaitan sokongan dasar kepada penyedia utiliti dan infrastruktur yang lain.

“Bagaimanapun, sifat penting bagi perkhidmatan syarikat-syarikat ini mungkin membantu menyokong permintaan kepada sebahagiannya,” katanya.

— BERNAMA



Kalangan lima negara ASEAN termasuk Malaysia berdepan risiko peningkatan kredit - Moodys 2

Source link