Berita

KDNK tahun depan bergantung kepada vaksin Covid-19

KDNK tahun depan bergantung kepada vaksin Covid-19 1
0
(0)

KDNK tahun depan bergantung kepada vaksin Covid-19 2

UNJURAN Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) naik kepada 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada 2021 oleh kerajaan adalah anggapan yang dibuat berdasarkan jangkaan pembangunan ekonomi pada tahun depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, anggapan pertama ialah melihat kepada bila vaksin untuk Covid-19 boleh didapati.

“Kami berpendapat pengkomersialan vaksin akan lebih cepat. InsyaAllah dalam tempoh enam bulan pertama tahun depan.

“Ekonomi global akan lebih baik dan Malaysia, yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, akan mendapat kesan positif berikutan ekonomi dunia berkembang,” katanya pada sidang media di Bernama, hari ini.

Beliau berkata, Malaysia menyaksikan ekonomi yang bertambah baik berikutan permintaan luaran pada suku ketiga tahun ini dan dijangka berterusan hingga tahun depan.

Tengku Zafrul berkata, beliau optimis mengenai pertumbuhan ekonomi pada suku keempat yang akan bertambah baik berbanding suku kedua dan suku ketiga tahun ini.

Ini berdasarkan perkembangan yang lebih baik dalam aktiviti eksport dan sektor pembuatan.

Mengenai bantuan kepada golongan M40 dalam Belanjawan 2021, beliau berkata, bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, kerajaan telah menaikkan Elaun Mencari Pekerjaan kepada sembilan bulan daripada enam bulan sebelum ini.

Katanya usaha melatih semula dan meningkatkan kemahiran turut diberikan peruntukan kira-kira RM1 bilion untuk kumpulan M40, iaitu pekerjaan dijamin selepas latihan semula selesai.

“Kerajaan turut mengumumkan pengecualian cukai yang dinaikkan kepada RM20,000 dan pengeluaran sebanyak RM500 daripada Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Lestari selama 12 bulan.

“Kumpulan M40 juga boleh memohon lanjutan moratorium pinjaman dengan proses yang lebih mudah apabila mereka hanya perlu membuat pengisytiharan diri tanpa perlu mengemukakan bukti bahawa mereka telah kehilangan pekerjaan atau gaji mereka terjejas.

“Setakat ini, kira-kira 98 peratus permohonan daripada kumpulan M40 telah diluluskan,” katanya.

Bagi mereka yang masih mempunyai pekerjaan, katanya manfaat untuk kumpulan M40 termasuklah penurunan kadar cukai pendapatan sebanyak satu peratus bagi mereka yang berpendapatan RM50,001 hingga RM70,000 dan pengurangan caruman KWSP daripada 11 peratus kepada sembilan peratus.

Katanya ini membabitkan RM9.3 bilion yang akan memberi kecairan tunai kepada ekonomi negara.

KDNK tahun depan bergantung kepada vaksin Covid-19 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Show us your support

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?