Infotainment

Kehadiran ‘Superyacht’ RM200 Juta Di Muara Sungai Perlis Gamit Perhatian Penduduk Setempat

Kehadiran ‘Superyacht’ RM200 Juta Di Muara Sungai Perlis Gamit Perhatian Penduduk Setempat
Kehadiran 'Superyacht' RM200 Juta Di Muara Sungai Perlis Gamit Perhatian Penduduk Setempat 1

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Penduduk tempatan terutamanya nelayan di sekitar muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis semalam ‘dikejutkan’ dengan kehadiran sebuah kapal layar mewah yang jarang dilihat di kawasan itu.

Superyacht jenis Adastra tersebut yang berharga USD45 juta (RM200 juta) dipercayai tiba dari Langkawi dan bergerak menuju ke dok Perlis Marine Engineering (PME) Sdn Bhd yang terletak di Kampung Tengah Kuala Perlis bagi tujuan pembaikan kapal layar.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Perlis (PELARIS) Jasmi Hashim, berkata pihaknya ada diberitahu nelayan serta penduduk sekitar muara Sungai Perlis akan kehadiran dan pergerakan kapal layar mewah itu.

“Kita bagaimanapun tidak menerima sebarang aduan daripada nelayan mengenai gangguan dari segi lalu lintas bot nelayan di muara sungai itu,” kata Jasmi.

Tinjauan wakil Berita Harian dari atas Jambatan Tuanku Syed Putra, Kuala Perlis hari ini bagaimanapun mendapati tiada sebarang kelibat kapal layar mewah itu berlabuh atau bergerak di sekitar muara Sungai Perlis berhampiran jambatan itu.

Malah, nelayan di kawasan itu juga tidak memastikan sama ada kapal layar mewah itu masih berada di dok PME Engineering Sdn Bhd atau sudah pun belayar keluar dari muara Sungai Perlis menuju ke Langkawi.

Ini beberapa artikel yang paling banyak dibaca di The Vocket sepanjang minggu ini. Klik pada pautan di bawah.

Dilabel Pasar Raya Muslim Pertama Cyberjaya, Lelaki Ini Dedahkan Malakat Mall Sunyi Sepi Tanpa Pengunjung

Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV Guna Lorong Kecemasan

Sudah Rasmi Boleh Digunakan, Pengguna Dilihat Bangga ‘Flex’ Apple Pay Di Media Sosial


Kehadiran 'Superyacht' RM200 Juta Di Muara Sungai Perlis Gamit Perhatian Penduduk Setempat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list