Dalam usaha mendepani situasi ini, setiap pihak perlu berganding bahu dalam membangunkan semula kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Oleh yang demikian, Suria KLCC menyahut seruan apabila melancarkan kempen terbesarnya tahun ini dengan memberikan ganjaran kepada pembeli melalui kempen The Golden Ticket di Suria KLCC.

“Kami percaya kempen The Golden Ticket ini dapat memberikan perasaan berbeza ketika pelanggan membeli-belah. Kami mahu meneruskan usaha murni dalam memberi semula kepada para pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Mereka yang memenangi Golden Ticket bakal mendapat baucar beli belah bernilai RM5,000 manakala mereka yang memperoleh Purple Ticket akan mendapat baucar bernilai RM50.
Kempen tersebut telah pun berlangsung bermula 19 Jun dan akan tamat pada 12 Julai 2020, terhad kepada 100 pelanggan setiap hari.



Sementara itu, kemeriahan semakin dirasai apabila dua baucar bernilai RM5,000 akan diberikan kepada pelanggan yang bertuah pada hujung minggu, Sabtu dan Ahad.

Pemeriksaan suhu badan juga dilakukan sebelum pelanggan memasuki mana-mana kedai. Selain itu, kekerapan pembersihan di sekitar terbabit juga dipertingkatkan.
Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, boleh terus ke kaunter perkhidmatan pelanggan atau layari www.suriaklcc.com.my.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source link