Berita

Keshi tidak menyesal | Harian Metro

Keshi tidak menyesal | Harian Metro 1

Keshi tidak menyesal | Harian Metro 2

PADA 2017, keputusan Keshi meninggalkan kerjaya jururawat untuk menjadi penyanyi terbukti berbaloi apabila namanya kini menjadi fenomena dan menjadi antara penyanyi baru paling laris ketika ini.

Penyanyi Amerika Syarikat bernama sebenar Casey Luong, 26, ini memiliki kualiti dan keunikan tersendiri dalam karyanya.

Mempertaruhkan genre lo-fi, setiap lagunya berjaya memikat jutaan pendengar di seluruh dunia antaranya right here, blue, always, more dan banyak lagi.

Corak nyanyian santai tapi mendalam serta melodi lagunya yang menenangkan bersatu dengan sempurna.

Berkongsi mengenai penerimaan luar biasa peminat di seluruh dunia, Keshi mengakui dia masih belum menghadamnya.

Semua berlaku dengan pantas tanpa dia sedari kini namanya semakin dikenali.

“Saya masih tidak percaya. Ia bagaikan mimpi dan mimpi itu menjadi kenyataan. Saya rasakan banyak perkara berlaku dalam tempoh singkat, saya berkembang, dapat lakukan persembahan jelajah tetapi tiba-tiba diminta duduk di rumah akibat Covid-19,” katanya.

Keshi yang dilahirkan di Houston, Texas dan anak kepada pasangan Vietnam ini menyifatkan perjuangan muziknya tidak harus dipengaruhi latar belakang keturunannya.

Menurutnya, jatuh atau naik seseorang artis itu terletak pada kualiti karyanya.

“Saya tidak pernah melihatnya dari sudut itu. Semestinya ada pendapat berbeza mengenai penyanyi berketurunan Asia mewakili muzik Amerika Syarikat. Ia termasuklah saya dilabel lebih berjiwa Amerika berbanding asal-usul saya.

“Namun, pada masa sama, saya bangga dapat hasilkan muzik yang berjaya meruntuhkan benteng itu. Saya takkan pernah salahkan aspek itu sekiranya muzik saya tidak membuahkan hasil.

Sebaliknya, saya melihat kesilapan itu mungkin berpunca daripada penulisan muzik yang tidak berapa bagus. Pokoknya, saya adalah penulis lagu dan itulah yang menjadi nadi utama saya ke hadapan,” katanya.

Mula berkarya sejak menuntut di kolej menerusi platform Soundcloud, Keshi banyak mengambil inspirasi daripada John Mayer, The 1975, Post Malone dan Bazzi.

Menurutnya, dia menyanjung penyanyi itu dari†pelbagai sudut berbeza.

“John menulis lagu yang luhur dari hati. Bukannya saya tiru cara penulisan lagu atau liriknya, tapi lebih kepada bagaimana mendalam perspektifnya menulis lagu dan dapat menyentuh hati pendengar.

“Untuk The 1975, saya suka dengan prinsip mereka yang bukan sekadar membuat lagu pop, sebaliknya hasilkan lagu ikut apa mereka suka. Mereka sangat jujur dengan nilai artistik sendiri dengan kreativiti tanpa had.

“Muzik Post Malone pula memiliki melodi sangat luar biasa namun sangat menyenangkan untuk dinikmati. Begitu juga dengan Bazzi, muzik mereka lebih kurang sama di mana nyanyian mereka senang menakluk penonton jika buat persembahan di pentas,” katanya.

TIDAK melihat darah Asianya penghalang mara dalam industri muzik AS.
TIDAK melihat darah Asianya penghalang mara dalam industri muzik AS.

Berkongsi mengenai keputusannya meninggalkan kerjaya jururawat, Keshi jelas lega apabila menurut kata hati menjadi artis.

Baginya, ia satu keputusan terbaik tanpa ada sekelumit rasa menyesal langsung.

“Penyesalan saya sifar dan tiada langsung. Saya rasa sekarang jauh lebih baik dan 100 peratus†bahagia. Lagipun, sewaktu masih bekerja sebagai jururawat, saya sentiasa rasa tidak seronok,” katanya.

Namun, dia tidak menafikan berdepan kesukaran dari†segi konflik perasaan selepas membuat keputusan itu.

Bagaimanapun, dia menukar perasaan itu kepada idea untuk menghasilkan EP keduanya, bandaids.

“Lagu bandaids sebenarnya saya hasilkan selepas tinggalkan kerjaya jururawat itu. Dalam tempoh berkenaan, saya kena melakukan transisi untuk menukar diri menjadi artis dan saya akui ia bukan mudah.

“Saya masih ingat berdepan dengan tempoh yang sangat menyukarkan. Maka, saya kena cuba berusaha sesuaikan diri dengan perubahan itu, dan dari situlah idea tercetus untuk hasilkan bandaids,” katanya.

Bercerita mengenai cabaran paling sukar menjadi artis, Keshi mengakui setiap saat adalah proses pembelajaran baginya. Dia harus sentiasa memikirkan kualiti terutama dalam berkarya tanpa ada rasa putus asa.

“Saya masih bergelut untuk menjadi yang terbaik sebagai penerbit muzik dan penulis lagu. Saya rasa untuk hasilkan bunyi bagus dalam muzik memerlukan usaha yang tiada penghujungnya. Saya kena belajar dan belajar lagi.

“Memanglah kita boleh belajar asas penghasilan lagu, namun bagaimana saya boleh jadikan lagu yang pelik kedengaran bagus? Saya harus belajar bagaimana berkarya lebih baik daripada sebelumnya terutama menghasilkan melodi yang bagi saya segala-galanya,” katanya.

Dalam pada itu, dia tidak menafikan proses kreativitinya turut terkesan disebabkan pandemik Covid-19.

“Semestinya ia memberi kesan kepada proses kreativiti saya. Saya ada tugas untuk menulis lagu yang berkisar kehidupan tapi terpaksa mencari alternatif lain untuk menggambarkannya selepas pandemik ini menimpa.

“Memang mencabar tapi saya dapat mengerah lebih banyak idea untuk menukar hala tuju penulisan lagu itu. Bagaimanapun, saya berjaya mengharungi cabaran itu dengan semangat yang kuat,” katanya.

Keshi tidak menyesal | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo