Berita

Khemah niaga artis rosak teruk

Khemah niaga artis rosak teruk 1

Khemah niaga artis rosak teruk 2

“Hujan turun dengan lebat yang turut disertai angin kencang. Dalam keadaan basah kuyup, kami berusaha tambah kanvas untuk elak air masuk dalam khemah. Air pula mula bertakung,” kata penyanyi Afee U-topia mengulas kejadian yang berlaku di lokasi niaga Santai Celebrity Cabin 8, Batu Caves, semalam. 

Kejadian yang berlaku pukul 4.30 petang itu mengakibatkan khemah Jeff Dinamik roboh dan rosak teruk. Turut mengalami kerosakan ialah khemah milik penyanyi Wom UG14 serta beberapa peniaga lain.

Afee bersama 10 artis otai rock 1990-an antaranya Wom UG14, Ejay Samudera, Shafie Rio, Ann Ways, Shidi Data dan ramai lagi mula berniaga di padang awam terbabit sejak dua bulan lalu.

Gerai yang dibuka setiap Khamis hingga Ahad itu beroperasi bermula pukul 2 petang hingga 10 malam.

Afee berkata, kejadian berlaku ketika semua peniaga baru membuka perniagaan mereka.

“Masing-masing sibuk di kedai. Kebetulan ramai kawan artis antaranya Nizam Laksamana datang untuk makan. Apabila hujan dan angin kuat, semua pegang khemah sebab bimbang diterbangkan angin kuat. Suasana agak cemas kerana angin sangat kencang. 

“Ketika itu Jeff Dinamik dalam perjalanan ke kedai dan untuk sementara waktu isteri dan anak-anaknya uruskan kedai,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Afee, mereka tidak menyedari air hujan bertakung di bumbung hingga mengakibatkan ia runtuh.

“Keadaan jadi kecoh kerana besi tiangnya juga patah teruk. Kami semua bergegas membantu dan tarik kanvas bumbung untuk alirkan air. Syukurlah ia tak membabitkan kecederaan atau kehilangan nyawa. 

“Selepas itu barulah hujan dan ribut berhenti. Ia pengalaman pertama kami sepanjang berniaga di sini,” katanya yang turut berkongsi pengalaman ini di Facebook. 

Khemah niaga artis rosak teruk 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo