Infotainment

KKM Kesan Kes Pertama Omicron Di Malaysia Libatkan Pelajar Dari Afrika Selatan

KKM Kesan Kes Pertama Omicron Di Malaysia Libatkan Pelajar Dari Afrika Selatan
KKM Kesan Kes Pertama Omicron Di Malaysia Libatkan Pelajar Dari Afrika Selatan 1
December 3rd, 2021 | by Shira

Kini Trending

KKM Kesan Kes Pertama Omicron Di Malaysia Libatkan Pelajar Dari Afrika Selatan 2

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu kenyataan media memaklumkan kes pertama positif Covid-19 varian Omicron telah dikesan di Malaysia pada 2 Disember 2021.

KKM Kesan Kes Pertama Omicron Di Malaysia Libatkan Pelajar Dari Afrika Selatan 4

Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia merekodkan kes pertama varian dibimbangi (VOC), Omicron, membabitkan seorang pelajar berusia 19 tahun yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.

Beliau telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 setibanya di PMA KLIA. Beliau merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak.

Kes telah diberi diperintah menjalani pengawasan dan pemerhatian mengikut Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

Difahamkan, perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti. Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar terbabit yang sudah lengkap menerima vaksin dan tidak bergelaja itu telah patuh dengan menjalankan kuarantin seorang diri di penginapan tersebut.

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengesahkan sampel ujian saringan tersebut positif Covid-19 dengan CT Value 26.68 pada 20 November 2021. Kes meneruskan pengasingan di rumah yang sama selama 10 hari dan diberi pelepasan pada 29 November 2021.

Berikutan daripada itu, kontak rapat seramai lima orang termasuk penumpang dan pemandu bas telah menjalani saringan ujian Covid-19 dan kuarantin wajib. Ujian sampel pertama dan kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia


KKM Kesan Kes Pertama Omicron Di Malaysia Libatkan Pelajar Dari Afrika Selatan 6

The following two tabs change content below.


KKM Kesan Kes Pertama Omicron Di Malaysia Libatkan Pelajar Dari Afrika Selatan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list