Infotainment

Kongsi Lampu Lori Dengan Pak Cik Motosikal, ‘Pertolongan Kecil’ Lelaki Ini Raih Pujian Ramai

Kongsi Lampu Lori Dengan Pak Cik Motosikal, 'Pertolongan Kecil' Lelaki Ini Raih Pujian Ramai 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Perjalanan seorang diri ketika waktu lewat malam atau awal pagi sememangnya memberikan satu pengalaman yang berbeza jika hendak dibandingkan dengan perjalanan pada waktu pagi. Lebih-lebih lagi jika lebuh raya tersebut tidak mempunyai lampu di tepi jalan.

Jika semasa perjalanan ternampak kenderaan bergerak perlahan di hadapan, semestinya kita akan mengambil keputusan untuk memotong kenderaan tersebut dan meneruskan perjalanan untuk sampai ke destinasi secepat yang mungkin.

Tetapi berbeza pula dengan lelaki ini apabila dia berkongsi lampu daripada lori yang dipandunya dengan seorang pak cik yang sedang menunggang motosikal seorang diri dalam gelap malam.

Menurut lelaki ini, dia berasa kasihan apabila melihat lampu belakang motosikal pak cik itu tidak menyala, manakala lampu hadapan pula cuma menyala malap-malap di dalam kegelapan malam.

Jadi dia mengambil keputusan untuk bergerak perlahan mengekori belakang motosikal tersebut untuk membantu menerangi sepanjang perjalanan pak cik itu menuju ke Plaza Tol Lima Kedai yang terletak di Johor Bahru.

Okay, dah sampai tempat terang. Hati-hati pak cik. Semoga selamat sampai tempat yang dituju,” kata lelaki ini pada hujung video yang dikongsikannya.

Kongsi Lampu Lori Dengan Pak Cik Motosikal, 'Pertolongan Kecil' Lelaki Ini Raih Pujian Ramai 2

Sumber Gambar: Facebook NC Nasa

Kongsi Lampu Lori Dengan Pak Cik Motosikal, 'Pertolongan Kecil' Lelaki Ini Raih Pujian Ramai 4

Sumber Gambar: Facebook NC Nasa

Kongsi Lampu Lori Dengan Pak Cik Motosikal, 'Pertolongan Kecil' Lelaki Ini Raih Pujian Ramai 6

Sumber Gambar: Facebook NC Nasa

Kongsi Lampu Lori Dengan Pak Cik Motosikal, 'Pertolongan Kecil' Lelaki Ini Raih Pujian Ramai 8

Sumber Gambar: Facebook NC Nasa

Kongsi Lampu Lori Dengan Pak Cik Motosikal, 'Pertolongan Kecil' Lelaki Ini Raih Pujian Ramai 10

Sumber Gambar: Facebook NC Nasa

Hantaran video tersebut telah meraih pujian daripada orang ramai. Menurut mereka walaupun nampak kecil pertolongan lelaki ini, namun ia sangat membantu pak cik tersebut bergerak menuju ke destinasi dengan selamat.

Bagi membalas budi  lelaki ini, ada netizen mengajak orang ramai untuk support lukisan-lukisan yang dibuat pemandu lori ini kerana dia juga seorang yang berbakat dalam seni lukisan.

Siapa sangka ‘pertolongan kecil’ lelaki ini telah mendapat perhatian dan pujian daripada pengguna media sosial lain. Semoga perkongsian ini dapat memupuk kita untuk membantu di antara satu sama lain walaupun pertolongan itu nampak kecil sahaja.

Abang Grabfood dilihat menjadi orang terawal untuk bantu pemandu yang pitam telah dicari oleh pihak Grab sendiri untuk berikan cenderahati. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Grab Cari ‘Abang Rider Kajang’, Hero Cuba Selamatkan Pemandu Hilux Pitam

‘Rider’ foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Perompak


Kongsi Lampu Lori Dengan Pak Cik Motosikal, 'Pertolongan Kecil' Lelaki Ini Raih Pujian Ramai 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo