Berita

Konsert Hora Horey Wayang | Harian Metro

Konsert Hora Horey Wayang | Harian Metro 2

ANIMASI popular yang juga pemenang Program Pra-sekolahTerbaik di Asian Television Awards ke-24, Didi & Friends yang dikenali dengan cerita dan lagu-lagu hiburan serta pengajaran untuk kanak-kanak kini muncul dalam Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends.

Sekali gus menjadikan ia filem animasi pertama tempatan yang akan menemui penonton di televisyen tahun ini di saluran Astro First. Selepas kejayaan dua konsert terdahulu iaitu Konsert Hora Horey Didi & Friends (2018) dan Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends (2019), Astro dan Digital Durian terus mempersembahkan konsert seterusnya.

Uniknya, setiap konsert memberi pengalaman berbeza kepada peminat Didi & Friends. Dengan kutipan melebihi RM2.7 juta pada 2018, konsert yang pertama berjaya memberi pengalaman sinematik yang unik di panggung wayang.

Manakala, konsert kedua pula dipersembahkan secara langsung untuk memberi pengalaman konsert muzikal interaktif.

Pada konsert ketiga ini, akan dibawa terus ke Pawagam Rumah Anda di Astro First dengan kehadiran penyanyi Malaysia yang melakar nama di peringkat antarabangsa, Yuna, penyanyi dan komposer terbaik 2017 dan 2018, Hael Husaini serta rapper berbakat besar, Altimet.

Yuna bakal menyanyikan lagu Bunga Matahari, Altimet (Bingo 2020) dan Hael Husaini (Rindu Serindunya).

Beralih kepada watak utama, Didi, Nana dan Jojo tampil berbeza khas untuk konsert ini.

Selain itu, karakter Pak Atan, Tatak dan Bingo turut meriahkan Konsert Hora Horey Wayang.

Bagi karakter nakal, ia menampilkan Boon, Roon dan Mummy. Seterusnya, karakter Omar dan Hana akan muncul di dalam lagu Ninja dan Kak Hani bersama Abang Paan sebagai pengacara konsert itu nanti.

HAEL menyanyikan lagu Rindu Serindunya.
HAEL menyanyikan lagu Rindu Serindunya.

ALTIMET antara yang terbabit pada konsert siri ketiga ini.
ALTIMET antara yang terbabit pada konsert siri ketiga ini.

Konsert berdurasi 90 minit ini bakal mempersembahkan 33 buah lagu yang terdiri daripada tujuh lagu baru dan tujuh lagu lama yang digubah semula dan 19 lagu daripada siri Didi & Friends.

Antara lagu-lagunya ialah Rasa Sayang, Kalau Rasa Gembira, Mengantuknya Mumia, Bunyi Anak Haiwan dan Rawr Rawr Raksasa.

Lebih istimewa konsert ini akan dipersembahkan dalam dua bahasa, iaitu versi bahasa Melayu yang ditayangkan bermula 25 Februari ini, manakala versi bahasa Inggeris pula pada 25 Mac di Astro First.

Pengarah Eksekutif Digital Durian, Sinan Ismail berkata pihaknya sentiasa mendahului dengan menghasilkan kandungan hiburan yang mengujakan dan berkualiti.

“Jenama Didi & Friends diperkenalkan pada 2014 dan kami sentiasa komited untuk memastikan evolusi animasi kami dengan teknologi terkini serta progresif untuk memberi pengalaman berbeza kepada penonton.

POSTER Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends.
POSTER Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends.

“Kami yakin Astro First adalah platform yang terbaik untuk konsert ini dibawa secara menyeluruh dan lebih dekat kepada penonton. Bagi konsert ketiga ini, kami memilih Yuna, Hael Husaini dan Altimet sebagai buah tangan khas buat peminat dan penonton. Kami percaya mereka mempunyai bakat dan aura tersendiri yang mampu menjadi tarikan buat penonton cilik serta dewasa,” katanya.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, ini adalah kali pertama Astro Shaw membawakan filem animasi di bawah konsep terus ‘Di Pawagam Rumah Anda’.

“Selepas lebih setahun industri filem tempatan tidak dimeriahkan dengan kemunculan filem animasi tempatan baharu, kami rasa ini adalah masa yang sesuai untuk Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends menemui peminat.

“Apa yang menarik, jalan cerita dan lagu-lagu yang dipersembahkan sememangnya amat dekat dengan penonton di Malaysia, tidak kira latar usia. Dengan adanya dua versi bahasa, ia memberi penonton pilihan serta seluruh rakyat untuk menikmati kandungan baharu ini.

“Pastinya sangat menyeronokkan apabila anak kecil dapat menyanyi serta menari bersama keluarga dan terus kekal di rumah. Kami percaya, filem ini mampu memberi hiburan di samping mengeratkan lagi hubungan seisi keluarga,” katanya.

Konsert Hora Horey Wayang | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo