Berita

KWSP catat pendapatan pelaburan kasar RM17.33 bilion

KWSP catat pendapatan pelaburan kasar RM17.33 bilion 2

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan kasar RM17.33 bilion bagi suku tahun ketiga berakhir pada 30 September 2020 dalam suasana ketidaktentuan yang berterusan dalam pasaran modal dan persekitaran operasi yang dipengaruhi oleh penularan pandemik Covid-19.

Bagi suku tahun ketiga, ekuiti menyumbang RM7.29 bilion, atau 42 peratus kepada jumlah pendapatan pelaburan kasar, manakala instrumen pendapatan tetap mencatatkan RM8.18 bilion.

Hartanah dan infrastruktur, serta instrumen pasaran wang, masing-masing

menyumbang RM1.63 bilion dan RM230 juta.

Pendapatan pelaburan bersih adalah sebanyak RM16.87 bilion (selepas mengambil kira rosot nilai dan turun nilai kos atas ekuiti tersenarai).

Ketua Pegawai KWSP Alizakri Alias berkata, tahun ini telah menyaksikan ketidaktentuan yang ketara dalam pasaran kewangan, di mana terdapat pergerakan pesat yang beralih daripada satu tahap ekstrim ke tahap ekstrim seterusnya.

“Kedudukan kewangan KWSP sepanjang tiga suku pertama pada tahun ini dipengaruhi oleh turun naik dalam sentimen pasaran yang diburukkan lagi oleh ketidakpastian berikutan pandemik Covid-19 serta sentimen pengguna yang masih berada pada tahap yang lemah,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, indeks ekuiti global yang dipantau secara terperinci oleh KWSP telah meningkat semula daripada paras terendah pada bulan Mac, namun masih terdapat indeks yang masih belum pulih kepada tahap sebelum pandemik, iaitu pada akhir tahun 2019.

Sementara itu, pelaburan dalam instrumen pendapatan tetap telah menyumbang 47 peratus kepada pendapatan pelaburan kasar pada suku tahun ini.

“Kejatuhan hasil yang meluas telah memberi peluang kepada KWSP untuk meningkatkan aktiviti dagangan dan mendapatkan keuntungan.

“Bagaimanapun, KWSP akan mempertimbangkan faktor hasil pelaburan semula yang lebih rendah, serta berwaspada dalam memastikan prestasi jangka panjang portfolio pelaburan tidak terjejas,” katanya.

Alizakri berkata, pada akhir September 2020, jumlah aset pelaburan KWSP adalah RM941.77 bilion, terdiri daripada 68 peratus yang diperuntukkan dalam pasaran domestik dan 32 peratus yang diperuntukkan dalam pasaran luar negara, yang juga telah menyumbangkan sebanyak 45 peratus kepada pendapatan pelaburan kasar bagi suku tahun ketiga.

“Berdasarkan kelas aset, instrumen pendapatan tetap merangkumi 49 peratus daripada pelaburan, manakala ekuiti sebanyak 39 peratus.

“Instrumen pasaran wang serta hartanah dan infrastruktur masing-masing merangkumi tujuh peratus dan lima peratus daripada pelaburan.

“Portfolio ini mencerminkan strategi KWSP untuk mengoptimumkan pulangan dalam had risiko yang boleh diterima berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA),” katanya.

KWSP catat pendapatan pelaburan kasar RM17.33 bilion 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo