Infotainment

Lebih 500 Warga Rohingya Larikan Diri Selepas Merusuh Di Pusat Tahanan Imigresen

Lebih 500 Warga Rohingya Larikan Diri Selepas Merusuh Di Pusat Tahanan Imigresen
Lebih 500 Warga Rohingya Larikan Diri Selepas Merusuh Di Pusat Tahanan Imigresen 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Rusuhan di pusat tahanan imigresen di Relau, Bandar Baharu di Kedah telah mengakibatkan kejadian kejar mengejar di antara pendatang tanpa izin dengan pihak berkuasa penjara selepas lebih 500 tahanan melarikan diri.

Memetik laman berita The Star, difahamkan bahawa kejadian tersebut bermula dengan protes sekitar jam 4 pagi oleh lebih 600 tahanan Rohingya sebelum bertukar menjadi rusuhan.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata seramai 362 daripada 528 pendatang tanpa izin, yang melarikan diri dari depoh sementara Imigresen di Sungai Bakap, Pulau Pinang, telah ditahan semula.

Beliau turut meminta bantuan masyarakat setempat untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika mereka mempunyai maklumat mengenai pendatang tanpa izin yang melarikan diri.

Kesan daripada kejadian ini, difahamkan sekitar 6 orang telah meninggal dunia. Mereka dipercayai meninggal dunia akibat dirempuh kereta semasa mahu melarikan diri.

Difahamkan kebanyakan etnik Rohingya di situ sebelum ini ditahan dalam pelbagai operasi oleh agensi di Langkawi.

Berita Harian melaporkan bahawa semua tahanan itu berada di bawah pengurusan Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang, namun ditempatkan di depot tahanan sementara berkenaan sebelum urusan penghantaran pulang dilakukan.

Rakyat Malaysia buat pelarian Rohingya rasa tidak selamat, dakwa negara ini sudah jadi penjara. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Rakyat Malaysia Buat Pelarian Rohingya Rasa Tidak Selamat, Dakwa Negara Ini Sudah Jadi Penjara

Ribuan Pelarian Rohingya Merusuh, Tak Mahu Tinggal Di Kem Yang Sesak Seperti Setinggan

Raih Sumbangan Berlebihan, Pelarian Rohingya Dilaporkan Jual Semula Agihan Bantuan Makanan


Lebih 500 Warga Rohingya Larikan Diri Selepas Merusuh Di Pusat Tahanan Imigresen 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list