Artikel Terkini

Lelaki lemas ketika memukat ikan di Kuala Berang

Lelaki lemas ketika memukat ikan di Kuala Berang
Lelaki lemas ketika memukat ikan di Kuala Berang 1

KUALA BERANG – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika memukat ikan di Sungai Pengkalan Ajal, Ajil dekat sini pagi tadi.

Muhammad Haikal Naim Mukhtar, 20, tidak bekerja dikatakan keluar rumah seorang diri pada 8.30 pagi untuk memukat ikan di Sungai Pengkalan Ajal yang terletak berdekatan dengan rumahnya.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Hasmeera Hassan berkata, mangsa ditemukan sepupunya dan seorang lagi penduduk kampung yang kebetulan pergi memukat di sungai sama kira-kira 12 tengah hari, dalam keadaan terapung setengah badan dan kaki tersangkut pada akar pokok.

“Mereka memaklumkan kejadian tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang kemudiannya menghubungi polis.

“Bagaimanapun petugas dari Klinik Kesihatan Pengkalan Ajal yang ditugaskan ke tempat kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Hasmeera berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah pada mangsa dan kematian direkodkan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri pada musim banjir.

“Tolonglah elak aktiviti-aktiviti di sungai dan kawasan banjir pada waktu sebegini kerana ia sangat berbahaya,” katanya. – Bernama

Lelaki lemas ketika memukat ikan di Kuala Berang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo