Infotainment

LG Mengemaskini Topeng PuriCare Wearable Air Purifier Dengan Mikrofon Dan Pembesar Suara Terbina

LG Mengemaskini Topeng PuriCare Wearable Air Purifier Dengan Mikrofon Dan Pembesar Suara Terbina
LG Mengemaskini Topeng PuriCare Wearable Air Purifier Dengan Mikrofon Dan Pembesar Suara Terbina 1

Pada tahun lepas, LG telah melancarkan topeng LG PuriCare Wearable Air Purifier yang hadir dengan penuras HEPA dan kipas terbina yang memastikan pengguna bukan sahaja selamat daripada menarik nafas dengan virus COVID-19, tetapi juga selesa dipakai untuk jangka-masa lama.

Tidak sampai setahun selepas ia dilancarkan, LG dilihat telah mengemaskini rekaan dan teknologi yang terbina didalam topeng PuriCare tersebut dengan menggunakan motor yang lebih ringan dan cekap dalam penggunaan tenaganya, disamping sistem audio VoiceOn, iaitu penambahan mikrofon dan juga pembesar suara terbina.

LG Mengemaskini Topeng PuriCare Wearable Air Purifier Dengan Mikrofon Dan Pembesar Suara Terbina
LG Mengemaskini Topeng PuriCare Wearable Air Purifier Dengan Mikrofon Dan Pembesar Suara Terbina 5

Dengan teknologi VoiceOn ini, mereka yang memakai topeng LG PuriCare versi terbaru ini boleh bercakap dengan orang lain tanpa masalah kerana sistem audio terbina ini akan mengenalpasti suara anda dan menguatkannya melalui pembesar suara, jadi anda tidak perlu meninggikan suara anda.

Bukan itu sahaja, LG juga dilihat akan menambahkan kapasiti bateri topeng muka ini ke 1000mAH yang mana ia akan hadir dengan jangka-hayat lapan jam yang masih boleh dicas menggunakan kabel USB. Dalam pada itu LG juga dilihat sedang cuba untuk menjual topeng muka ini di lebih banyak pasaran khususnya di rantau Asia, yang mana ia kini sedang digunakan oleh atlit-atlit Olimpik negara Thailand.

LG Mengemaskini Topeng PuriCare Wearable Air Purifier Dengan Mikrofon Dan Pembesar Suara Terbina 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo