Artikel Terkini

Lima Catalyst Utama Yang Perlu Diberi Perhatian Sepanjang Minggu Ini (27 April – 1 Mei 2020)

Lima Catalyst Utama Yang Perlu Diberi Perhatian Sepanjang Minggu Ini (27 April - 1 Mei 2020) 1

Lima Catalyst Utama Yang Perlu Diberi Perhatian Sepanjang Minggu Ini (27 April - 1 Mei 2020) 2

Pasaran dikejutkan dengan kejatuhan harga minyak mentah pada minggu lalu sehingga mencecah paras negatif. Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) pula kekal stabil sejak peningkatan beberapa minggu lalu disokong oleh tren penurunan jumlah kematian yang berkaitan dengan koronavirus di peringkat global.

Pasaran Wall Street ditutup lebih tinggi pada akhir
dagangan minggu lalu (24 April 2020) dengan ketiga-tiga indeks utama Bursa
Saham New York (NYSE) merekodkan kenaikan lebih daripada satu peratus.
Dow Jones Industrial Average
(DJIA) menokok 1.11%, manakala S&P 500 ditutup 1.39% lebih tinggi. Indeks
Nasdaq pula mencatat 1.65% kenaikan.

Beralih ke pasaran Asia, kebanyakan indeks utama ditutup lebih rendah ekoran beberapa ketidaktentuan yang berlaku khasnya kejatuhan harga komoditi hitam. Minggu lalu indeks Nikkei (Jepun) susut 3.19%, Hang Seng (Hong Kong) jatuh 2.25%, manakala Kospi di Korea Selatan berakhir 1.33% lebih rendah.

Di China, indeks Shanghai turut susut 1.06% dan Australia
dengan indeksnya ASX200 jatuh 1.33%.

Data-data ekonomi yang dikeluarkan pada minggu lalu menepati
jangkaan dengan kebanyakan merosot mendadak disebabkan penularan koronavirus.
Antaranya ialah pertambahan lebih
kurang 4.5 juta pengangguran di Amerika Syarikat bagi minggu berakhir 17 April
2020 yang membawa jumlah terkini kepada hampir 27 juta pengangguran dalam
tempoh lima minggu.

Bukan itu sahaja, data-data ekonomi AS yang lain seperti indeks PMI sektor pembuatan jatuh daripada paras 48.5 kepada 36.9 pada bulan April. Data tempahan barangan tahan lama pula (durable goods) yang menjadi indikator kepada pelaburan tetap jatuh mendadak sebanyak 14.4% pada bulan Mac berbanding Februari yang mencatat kenaikan 1.1%.

Antara data tumpuan pada minggu lalu adalah indeks sektor
ekonomi Zon-Eropah yang dikeluarkan agensi pengumpulan data terkemuka, Markit.
Seperti yang dijangka indeks-indeks aktiviti ekonomi itu merekodkan kejatuhan
mendadak.

Indeks komposit PMI yang menggabungkan bacaan aktiviti sektor
pembuatan dan perkhidmatan di Zon-Eropah hanya mencatat bacaan 13.5 pada April
berbanding 29.7 pada bulan Mei. Bacaan ini juga adalah paling rendah sejak
bulan Julai 1998.

Berikut adalah lima catalyst yang akan menjadi perhatian pelabur sepanjang minggu ini.

1. Perkembangan Penularan Wabak Covid-19

Lima Catalyst Utama Yang Perlu Diberi Perhatian Sepanjang Minggu Ini (27 April - 1 Mei 2020) 3
Lima Catalyst Utama Yang Perlu Diberi Perhatian Sepanjang Minggu Ini (27 April - 1 Mei 2020) 11

Situasi penularan koronavirus ketika ini lebih terkawal berbanding beberapa minggu yang lalu di mana Sepanyol pada Ahad (27 April 2020) merekodkan jumlah kematian terendah sejak lebih daripada sebulan lalu dengan hanya 288 mangsa meninggal dunia.

Raja Salman juga telah mengarahkan perintah berkurung dilonggarkan di beberapa kawasan di Arab Saudi kecuali Madinah dan Mekah.

India dalam masa yang sama membenarkan pembukaan semula sejumlah kecil kedai-kedai yang terhad kepada kawasan kejiranan. Arahan ini dibuat selepas sebulan negara yang berkepadatan 1.3 bilion penduduk itu berada dalam perintah berkurung.

Secara keseluruhan, setakat pada hari pagi Isnin (27 April 2020), kes positif mencatatkan jumlah hampir tiga juta dengan 813,000 pesakit telah sembuh. Menurut data yang dikeluarkan oleh Universiti John Hopkins, lebih daripada 200,000 kematian dicatatkan di seluruh dunia dengan Amerika Syarikat kekal negara paling buruk terkena koronavirus ini.

Keadaan setakat ini beransur positif tetapi tindakan
melonggarkan kawalan terlalu awal bakal mengaktifkan semula penularan lebih
pantas. Amaran ini telah dilaungkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

2. Mesyuarat Federal Reserve

Lima Catalyst Utama Yang Perlu Diberi Perhatian Sepanjang Minggu Ini (27 April - 1 Mei 2020) 4
Lima Catalyst Utama Yang Perlu Diberi Perhatian Sepanjang Minggu Ini (27 April - 1 Mei 2020) 12

Federal Reserve (The Fed) iaitu bank pusat AS akan bermesyuarat pada
minggu ini bagi memastikan hala tuju kepada mandat yang diberikan dapat dicapai
iaitu kestabilan harga dan gunatenaga penuh. The Fed berhadapan cabaran
besar sejak awal tahun 2020 dengan penularan wabak di Amerika Syarikat hampir
mencapai satu juta kes sekaligus menyebabkan aktiviti ekonomi terhenti.

Dalam mesyuarat kali ini, bank pusat dijangka tidak mengubah
kadar faedah yang kini berada di paras rendah 0.25% selepas ia diturunkan
daripada 1.75% dalam tempoh tidak sampai dua bulan.

Tumpuan kali ini lebih terarah kepada penjelasan khususnya
oleh Jerome Powell (Pengerusi The Fed) terhadap tindakan mengejut
memotong kadar Fed Fund Rate sebelum ini. Persoalan pasaran akan
tertumpu kepada keberkesanan tindakan itu dalam usaha melawan dampak buruk
Covid-19 terhadap ekonomi dan sejauh mana penularan wabak tersebut boleh
mengheret ekonomi ke lembah kemelesetan.

Minggu ini, dua lagi bank pusat utama dunia akan bermesyuarat iaitu European Central Bank (ECB) dan Bank of Japan (BoJ).

3. Pasaran Komoditi Hitam

Lima Catalyst Utama Yang Perlu Diberi Perhatian Sepanjang Minggu Ini (27 April - 1 Mei 2020) 5
Lima Catalyst Utama Yang Perlu Diberi Perhatian Sepanjang Minggu Ini (27 April - 1 Mei 2020) 13

Dalam hanya beberapa bulan, kelembapan ekonomi telah meragut
permintaan terhadap minyak mentah dunia berikutan arahan perintah berkurung di kebanyakan
negara di dunia. Ia satu perkara yang tidak pernah berlaku kepada pasaran
minyak apabila kontrak minyak keluaran Amerika Syarikat yang juga penanda aras
utama dunia itu jatuh serendah negatif US$40 setong.

Kini kerajaan AS khasnya sedang mempersiapkan tindakan yang
sepatutnya bagi menyelamatkan syarikat-syarikat minyak mereka yang berada di
ambang kejatuhan.

Harga semasa minyak West Texas Intermediate (WTI) boleh menyebabkan
kebanyakan syarikat pengeluar minyak AS gagal bertahan kerana kos pengeluaran
yang ditanggung lebih besar berbanding pengeluar di Arab Saudi, Russia dan
pusat pengeluaran Brent-oil.

OPEC+ sememangnya bersedia untuk menambah pemotongan bekalan di samping menggesa negara-negara yang selama ini terkecuali dalam program pemotongan agar turut serta khususnya Amerika Syarikat selaku pengeluar minyak mentah terbesar dunia.

4. Laporan Pendapatan Syarikat Mega

Lima Catalyst Utama Yang Perlu Diberi Perhatian Sepanjang Minggu Ini (27 April - 1 Mei 2020) 6
Lima Catalyst Utama Yang Perlu Diberi Perhatian Sepanjang Minggu Ini (27 April - 1 Mei 2020) 14

Sejumlah 140 syarikat yang berada dalam indeks S&P 500 akan melaporkan pendapatan mereka bagi suku pertama 2020. Respon pasaran pada minggu lalu adalah positif apabila kaunter-kaunter teknologi menunjukkan prestasi positif dengan jangkaan yang seimbang pada tahun ini.

Secara keseluruhan indeks S&P 500 yang mengumpulkan 500
buah syarikat terbesar dijangka mencatat kemerosotan 14.4% pada suku pertama
yang mana kelemahan itu kebanyakannya datang daripada sektor tenaga, barangan
pengguna, perbankan, industri dan perkilangan.

Antara yang menjadi tumpuan pada minggu ini ialah PepsiCo, Caterpillar yang juga sering dijadikan proksi kepada aktiviti industri global, 3M, Alphabet syarikat induk Google, Starbucks, Boeing, Microsoft, Facebook, Tesla, Amazon, Twitter, McDonald’s dan kaunter tenaga ExxonMobil.

5. Data Ekonomi Penting

Lima Catalyst Utama Yang Perlu Diberi Perhatian Sepanjang Minggu Ini (27 April - 1 Mei 2020) 7
Lima Catalyst Utama Yang Perlu Diberi Perhatian Sepanjang Minggu Ini (27 April - 1 Mei 2020) 15

Data keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara Amerika Syarikat
akan menjadi pusat perhatian pada minggu ini yang mana akan dikeluarkan pada
hari Rabu pukul 8.30 malam. Ini adalah data pertama daripada tiga jenis data
yang serupa bagi KDNK negara itu yang dijangka merekodkan kemelesetan 3.9%.

Ada penganalisa ekonomi yang meramalkan penguncupan ekonomi
bakal mencatatkan kadar lebih besar iaitu enam peratus dengan bacaan pada suku
kedua bakal jatuh dengan lebih besar.

Ianya dijangkakan sebesar 40% kejatuhan dalam KDNK berbanding tempoh sama pada tahun 2019. Ia wajar dengan jumlah pengangguran mencecah 27 juta dalam data ‘tuntutan pengangguran’ setakat ini.

China akan mengeluarkan data indeks aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan dan bukan pembuatan pada hari Khamis (30 April 2020). Manakala negara-negara Eropah akan mengeluarkan data pertumbuhan ekonomi pada hari sama di sebelah petang. Kanada pula akan mengumumkan data KDNK pada pukul 8.30 malam pada hari tersebut dengan data tuntutan pengangguran AS juga diumumkan pada masa sama.

Data terakhir adalah indeks aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan Amerika Syarikat yang akan menutup minggu ini dengan jangkaan kejatuhan yang agak besar dalam aktiviti sektor itu pada Jumaat (30 April 2020) pukul 10 malam.

Sumber Rujukan:

Lima Catalyst Utama Yang Perlu Diberi Perhatian Sepanjang Minggu Ini (27 April - 1 Mei 2020) 8

Disediakan oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini berkhidmat di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Lima Catalyst Utama Yang Perlu Diberi Perhatian Sepanjang Minggu Ini (27 April - 1 Mei 2020) 9

Lima Catalyst Utama Yang Perlu Diberi Perhatian Sepanjang Minggu Ini (27 April - 1 Mei 2020) 2

Source link