Infotainment

Macam Mana Nak Tahu Insurans Berbaloi Untuk Kenderaan Anda?

Macam Mana Nak Tahu Insurans Berbaloi Untuk Kenderaan Anda?
Macam Mana Nak Tahu Insurans Berbaloi Untuk Kenderaan Anda? 1

Dengar pasal insurans jer, mesti ramai yang ambil sikap acuh tak acuh dan memandang perkara remeh tentang perkara penting ini kan? Betul tak.

Kami faham masih ramai dikalangan masyarakat kita yang mengabaikan kepentingan perlindungan insurans. Bukan sahaja insurans perubatan, insurans kenderaan pun ramai yang malas nak ambil tahu.

Jadikan Keutamaan Anda

Sebenarnya perlindungan insurans ini boleh dikatakan sebagai benda wajib yang anda perlu jadikan ianya sebagai keutamaan.

Kalau anda merasakan bahawa anda perlu perlindungan insurans untuk melindungi diri anda dan keluarga. Haa, macam tu juga untuk kenderaan anda.

Apa sebenarnya tujuan insurans kenderaan ni? Ianya adalah untuk melindungi kenderaan anda daripada risiko kemalangan, kehilangan atau kecurian.

Macam Mana Nak Tahu Insurans Berbaloi Untuk Kenderaan Anda? 2

Jadi sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku, anda tidaklah menangis di tepi bucu katil mengenangkan beban yang anda terpaksa tanggung nanti.

Tahu Jenis Insurans Berbaloi

Macam mana kita nak tahu insurans yang kita ambil itu berbaloi atau tak? Kadang-kadang kaum wanita terutamanya susah sikit nak faham bab insurans ni. Haa, baik mengaku! Haha..

Adakah ianya berbaloi dengan bayaran? Sebanyak mana pula perlindungan insurans itu melindungi kenderaan anda? Hmm…terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran.

Apa yang boleh kami katakan adalah antaranya anda boleh mencari perlindungan insurans yang berinovatif dan berbaloi untuk kenderaan anda.

Produk Insurans Inovatif

Seperti SOMPO MotorSafe, keluaran Berjaya Sompo Insurance ia adalah antara produk insurans inovatif yang selamat dan disediakan untuk anda yang mempunyai jarak tempuh yang rendah.

Anda boleh memilih pelan jarak tempuh berdasarkan sejauh mana perjalanan anda dalam setahun, yang membolehkan anda membayar bayaran premium yang lebih rendah apabila anda memandu, sambil tetap memberikan servis yang padu!

Ini adalah salah satu insurans inovatif dan berevolusi yang anda boleh pertimbangkan. Memang sesuai dan sangat berbaloi untuk anda, terutamanya hakak-hakak yang kurang tahu tentang perlindungan insurans tu.

Perlindungan Berbaloi

Macam Mana Nak Tahu Insurans Berbaloi Untuk Kenderaan Anda? 3

Perlindungan insurans SOMPO MotorSafe ini menawarkan perlindungan berbaloi berikut untuk anda:

1) Potongan harga bagi premium bergantung pada Pelan Jarak Tempuh Komprehensif yang dipilih oleh anda. Anda akan menikmati penjimatan yang lebih tinggi untuk pelan jarak tempuh yang lebih rendah jika dibandingkan dengan pelan asas SOMPO Motor yang juga dijual oleh Berjaya Sompo Insurance. Boleh menikmati penjimatan bayaran premium sehingga 50%, tinggi tu.

2) Perlindungan komprehensif untuk premium yang dibayar tepat pada masanya, dan kekal dalam jarak tempuh yang diperuntukkan dan jarak tempuh tambahan iaitu tambahan 500km yang akan dimasukkan secara automatik setiap tahun ke pelan jarak tempuh diperuntukkan komprehensif anda sebelum tamat tempoh insurans.

3) Perlindungan pihak ketiga yang tidak terjejas oleh jarak tempuh anda.

4) Peranti SOMPO Tag berkuasa bateri dan Bluetooth didayakan yang dipasang di dalam kereta untuk memberikan bantuan keselamatan sekiranya berlaku kerosakan kereta atau kecemasan. Ia juga berfungsi sebagai peringatan untuk melakukan tambah nilai.

Fuh, betul padu lah! Jap ada lagi gais, manfaat lain di bawah polisi ini turut merangkumi SOMPO 24-hour Road Assist, jaminan pembaikan SOMPO selama 12 bulan, pelindungan untuk semua pemandu dan; tambahan untuk Pelindungan daripada Konvulsi Semulajadi Alam (“Special Perils Add-On”) dengan bayaran premium tambahan.

Berbaloi kan? Perlindungan insurans macam ni yang anda patut ada!

Peranti SOMPO Tag Betul Up-to-date!

Peranti SOMPO Tag inilah yang betul-betul buat kami jatuh cinta. Apa yang paling padu, apabila ianya mempunyai banyak kelebihan yang memudahkan urusan anda nanti.

Ia dapat mengesan jarak tempuh kereta anda dan mengingatkan anda untuk menambah nilai jika jarak tempuh hampir tamat.

Bukan itu sahaja, SOMPO Tag juga sangat sesuai pada wanita di luar sana kerana sekiranya berlaku kecemasan atau kerosakan kereta, anda boleh menikmati bantuan keselamatan jalan raya. Anda hanya mengaktifkan dan menghubungkan SOMPO Tag anda kepada telefon pintar anda sahaja.

Macam Mana Nak Tahu Insurans Berbaloi Untuk Kenderaan Anda? 4

Ada lagi gais, sekiranya anda mengalami kemalangan teruk, jangan risau kerana ianya dapat dikesan oleh Aplikasi Mudah Alih SOMPO MotorSafe pada telefon pintar anda.

Setelah dikesan, SOMPO Tag akan mula berbunyi selama 15 saat dan akan menghantar maklumat kemalangan anda ke Pusat Panggilan yang sah. Pusat Panggilan akan menghubungi anda untuk memberi bantuan. Fuh, betul rasa secure sangat!

Tak percaya? Baca lebih lanjut di gambar rajah di bawah.

Macam Mana Nak Tahu Insurans Berbaloi Untuk Kenderaan Anda? 5

3 Pelan Jarak Tempuh Komprehensif

Mesti anda terfikir, berapa banyak pelan SOMPO MotorSafe yang disediakan? Sebenarnya anda boleh memilih daripada 3 Pelan Jarak Tempuh Komprehensif yang disediakan ini:

Macam Mana Nak Tahu Insurans Berbaloi Untuk Kenderaan Anda? 6

Tapi ingat, anda HANYA boleh membeli SOMPO MotorSafe melalui ejen Berjaya Sompo Insurance atau kunjungilah mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan Berjaya Sompo Insurance di seluruh negara.

Untuk info lanjut boleh kunjungi Laman Website dan juga media sosial Berjaya Sompo Insurance iaitu Facebook, Instagram dan juga YouTube.

Anda boleh juga menelefon talian bebas tol Berjaya Sompo Insurance di 1-800-889-933 (8:30 pagi – 5:00 petang dari Isnin ke Jumaat).

Jadi, jangan tunggu lagi, buatlah pilihan bijak demi keselamatan anda dan juga kenderaan anda.


Macam Mana Nak Tahu Insurans Berbaloi Untuk Kenderaan Anda? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo