Infotainment

“Madukan Isteri? Lambat Lagi, Jodoh Ditangan Tuhan”

“Madukan Isteri? Lambat Lagi, Jodoh Ditangan Tuhan”

"Madukan Isteri? Lambat Lagi, Jodoh Ditangan Tuhan" 1

Sejak pagi tadi, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga pelawak popular Shuk Sahar yang dikatakan kembali bergolak.

Ia susulan isterinya, Rossalennah Natassyiah mendedahkan menerima ugutan daripada dari wanita yang menggangu rumah tangga mereka sebelum ini iaitu Farah Salleh.

BACA: Isteri Diugut, Rumah Tangga Shuk Sahar Kembali Bergolak

Memetik laporan Kosmo!, Shuk menegaskan hubungannya dengan Rossa tidaklah seteruk seperti yang diperkatakan oleh netizen, malah dia dan isterinya baik-baik sahaja.

Namun, Shuk berkata tindakan isterinya itu memuat naik beberapa mesej dan gambar berbaut ugutan daripada seseorang kerana terbawa-bawa emosi.

“Sebenarnya tidaklah seteruk macam yang diuar-uarkan. Saya dengan isteri okey sahaja. Sebenarnya, memang ada ‘sesuatu’ yang berlaku ketika itu. Tetapi setakat ini semuanya masih okey,” katanya.

Kata Shuk lagi, mesej perbualan dan gambar ugutan bunuh diri yang dikirimkan kepadanya itu adalah kiriman lama yang diterimanya sebelum ini ketika berlaku masalah kali kedua sekitar tahun lalu.

Dalam pada itu, Shuk berkata tiada apa yang perlu diperbesarkan memandangkan keadaan dia dan isteri baik-baik sahaja.

Sementara itu, apabila diminta mengulas mengenai kenyataan isterinya yang mengizinkannya berkahwin lagi, Shuk seolah memberi bayangan perkara itu tidak akan terjadi.

“Lambat lagi. Jodoh semua di tangan Tuhan,” katanya.

Terdahulu, Rossa memuat naik paparan skrin mesej wanita itu menghantar gambar sebilah pisau seperti mengugut mahu membunuh diri.

Malah, Rosaa memberitahu bahawa dia sudah bersedia untuk bermadu dan meminta wanita itu supaya menerima keluarganya jika mahu berkahwin dengan suaminya.



"Madukan Isteri? Lambat Lagi, Jodoh Ditangan Tuhan" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo