Artikel Terkini

Mahkamah Rayuan tetapkan 17 Mac untuk dengar Rosmah singkir hakim

Mahkamah Rayuan tetapkan 17 Mac untuk dengar Rosmah singkir hakim
Mahkamah Rayuan tetapkan 17 Mac untuk dengar Rosmah singkir hakim 1

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan 17 Mac depan bagi mendengar dua rayuan Datin Seri Rosmah Mansor dalam permohonannya untuk menyingkirkan hakim bicara kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang  dihadapinya.

Rosmah telah memohon supaya Hakim Mohamed Zaini yang pernah mendengar dan jatuh hukum perbicaraan rasuah solar hibrid disingkirkan daripada mendengar kes pengubahan wang haram (AMLA) dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hari ini ketika pengurusan kes, Timbalan Pendaftar, Khairy Haron telah menetapkan tarikh 17 Mac bagi mendengar permohonan-permohonan dikemukakan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada 22 November lepas, Mahkamah Rayuan menetapkan untuk mendengar penghujahan lanjut sama ada ia mempunyai bidang kuasa mendengar dua rayuan Rosmah untuk menyingkirkan hakim perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapinya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hanipah Farikullah kemudian menangguhkan rayuan yang sepatutnya didengar hari itu bagi membolehkan kedua-dua pihak memfailkan penghujahan bertulis berhubung isu interlokutori yang dibangkitkan oleh mahkamah.

Ketika itu, Hakim Hanipah membangkitkan persoalan berhubung isu interlokutori sama ada panel itu mempunyai bidang kuasa mendengar kedua-dua rayuan Rosmah.

Selain itu, panel hakim turut mengarahkan pihak-pihak berhujah sama ada keputusan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang enggan menarik diri daripada perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai, boleh dirayu dan tertakluk di bawah definisi Seksyen 3 dibaca bersama Seksyen 51 Akta Mahkamah Kehakiman (CoJA) 1964.

Untuk makluman, Seksyen 3 menyatakan keputusan termasuklah penghakiman, hukuman atau perintah, tetapi tidak termasuk apa-apa ketetapan yang dibuat dalam perjalanan sesuatu perbicaraan atau pendengaran apa-apa kausa atau perkara yang tidak melupuskan hak pihak-pihak secara muktamad.

Jelas Hakim Hanipah, isu sama ada keputusan Hakim Mohamed Zaini boleh dirayu atau sebaliknya, tidak dibangkitkan oleh kedua-dua pihak sebelum ini.

Pada 12 Januari lalu, Rosmah memfailkan permohonan untuk menggugurkan Hakim Mohamed Zaini daripada mendengar perbicaraan kes di bawah pertuduhan AMLA dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN.

Rosmah juga memohon agar kesemua prosiding dalam kes terlibat digantung sehingga rayuan berhubung keputusan Hakim Mohamed Zaini menolak permohonannya supaya beliau menarik diri, diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Ketika ini, Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN. -MalaysiaGazette

Mahkamah Rayuan tetapkan 17 Mac untuk dengar Rosmah singkir hakim 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo