Artikel Terkini

Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam

Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam
Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam 1

SKUAD Harimau Malaya mengalami kekalahan ‘tragis’ selepas tewas 0-3 kepada seteru tradisi, Vietnam pada aksi peringkat Kumpulan B saingan Piala AFF 2022 dengan pengadil perlawanan dari Jepun, Ryuji Sato melakukan beberapa keputusan yang dianggap kontroversi.

Pada aksi di Stadium My Dinh, Hanoi itu, skuad negara kendalian Kim Pan-gon membariskan kesebelasan terbaik dengan meletakkan pemain seperti Faisal Halim, Lee Tuck, Darren Lok dan Mukhairi Ajmal untuk mengemudi jentera serangan.

Kedua-dua pasukan dilihat gagal mempamerkan rentak sebenar dengan setiap percubaan yang dilakukan sedikit tersasar dan tidak menepati sasaran pada awal 20 minit pertama.

Peluang keemasan terbaik pertama yang diraih tuan rumah digunakan sepenuhnya oleh Nguyen Tien Linh untuk menanduk masuk gol pada minit ke-29 hasil daripada sepakan penjuru.

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad negara memperkemaskan jentera serangan dengan tuah memihak pasukan selepas Vietnam diarahkan beraksi dengan 10 pemain selepas Nguyen Van Toan dilayangkan kad kuning kedua.

Situasi tersebut membolehkan skuad negara melakukan asakan bertali arus apabila Mukhairi Ajmal hampir meledak gol penyamaan menerusi tandukan sebelum berjaya ditepis penjaga gol Vietnam, Dan Van Lam pada minit ke-42.

Mukhairi terus mempamerkan kelincahan apabila menggelecek beberapa pertahanan lawan sebelum melakukan rembatan dengan Van Lam kekal kebal untuk menyelamatkan gawang daripada dibolosi sekali gus keputusan 0-1 kekal sehingga tamat babak pertama.

Bersambung pada babak kedua, Pan-gon melakukan rombakan dengan memasukkan Safawi Rasid dan Norhakim Hassan untuk membantu jentera serangan.

Namun, nasib malang pula menimpa kem negara selepas Sato melayangkan kad merah ke atas Azam Azmi Murad pada minit ke-60 sekali gus menghadiahkan penalti kepada pasukan pelawat.

Kesempatan tersebut digunakan oleh Vietnam untuk melebarkan kelebihan hasil jaringan kedua dengan Que Ngoc Hai menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-64.

Skuad Naga Emas kendalian Park Hang-seo melengkapkan kemenangan sempurna dengan penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi tewas buat kali ketiga menerusi ledakan Nguyen Hoang Duc pada minit ke-83.

Pasukan kebangsaan berusaha untuk mengasak dalam memburu gol sagu hati tetapi keputusan 0-3 kekal sehingga tamat perlawanan.

Skuad negara yang kini meraih enam mata selepas mengharungi tiga perlawanan akan menentang Singapura pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, 3 Januari depan. – KOSMO! ONLINE


Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo