Berita

Mapim sumbang kelengkapan persekolahan | Harian Metro

Mapim sumbang kelengkapan persekolahan | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Seramai 150 asnaf menerima kelengkapan musim persekolahan sumbangan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini.

Pengarah Domestik Mapim Malaysia, Faris Hussain berkata, program Back to School 2.0 itu antara lain memberikan bantuan set pakaian serta beg sekolah.

“Namun bagi kali ini ada sedikit perbezaan kerana penerima dikategorikan sebagai terjejas pendapatan akibat Covid-19 dengan sebanyak 3,000 permohonan, bagaimanapun Mapim hanya mempunyai kapasiti sebanyak 300 yang perlu dibantu,” katanya.

Faris berkata, permintaan yang tinggi itu disebabkan ramai ibu bapa terjejas seperti hilang pekerjaan selain golongan asnaf sedia ada.

Menurutnya, program itu diadakan di dua lokasi di Kuala Lumpur pada hari ini, manakala di Selangor pada 9 Januari depan.

“Program dijalankan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan Mapim juga mendapat kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Hal Ehwal Bahagian Baitulmal MAIWP, Muhammad Ishak Zulkifli berkata, pihaknya menerima permohonan daripada Mapim bagi menjayakan program berkenaan.

“MAIWP sentiasa menyokong mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menjayakan program membantu mereka yang memerlukan khususnya di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Mapim sumbang kelengkapan persekolahan | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo