Artikel Terkini

Marquez mungkin tinggalkan Honda

Marquez mungkin tinggalkan Honda
Marquez mungkin tinggalkan Honda 1

MADRID – Pelumba baharu Gresini Ducati, Alex Marquez percaya abangnya yang juga juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez tidak teragak-agak untuk ‘angkat kaki’ andai gagal memberikan saingan kompetitif bersama Repsol Honda pada musim depan.

Sebagai rekod, Alex telah mengambil keputusan untuk berhijrah daripada pasukan LCR Honda dengan menyertai Gresini bermula musim depan kerana percaya pasukan gergasi Asia itu sudah tidak mampu memberikan saingan yang diharapkan seperti sebelum ini.

Kata Alex, abangnya sudah melakukan aduan kepadanya bahawa jentera prototaip yang diberikan oleh Repsol Honda untuk musim 2023 masih lagi tidak mencapai piawaian yang dimahukan sekiranya mahu mencabar kejuaraan dunia.

“Ketika kita melakukan sesi ujian penghujung musim di Litar Valencia sebelum ini, saya dapati Marc sangat berang kerana jentera yang dibekalkan oleh Repsol Honda cukup teruk kerana tiada pembaharuan yang dilakukan.

“Saya telah bertanya kepada­nya jika ada aduan yang dibuat kepada jurutera pasukan, tetapi dia maklumkan tiada perubahan atau perbezaan yang ketara dapat dibuat.

“Malah, dia memuji apa yang Ducati telah berikan kepada setiap pasukan dan mereka bakal menjadi pencabar utama untuk kejuaraan dunia musim depan.

“Secara peribadi, saya harap Honda dapat memperbaiki kelemahan yang ada kerana masih ada masa sebelum saingan rasmi bermula Mac nanti.

“Jika diikutkan, Marc sangat sayang kepada Honda kerana kekal setia memberikannya pe­luang meskipun dihimpit kecederaan panjang sebelum ini. Cuma, saya tidak pasti sampai bila perasaan itu akan kekal kerana jika tiada perubahan, mungkin dia akan angkat kaki,” katanya.
– AGENSI


Marquez mungkin tinggalkan Honda 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo