Infotainment

Mati Dalam Pelukan, Ahli Arkeologi Jumpa Rangka ‘Romeo Dan Juliet’ Berusia 3,000 Tahun Lalu

Mati Dalam Pelukan, Ahli Arkeologi Jumpa Rangka 'Romeo Dan Juliet' Berusia 3,000 Tahun Lalu 2

Ahli arkeologi berjaya menemui sebuah rangka manusia secara berpasangan di laman suci yang terletak di Bethsaida, Israel. Rangka manusia yang berpasangan itu kelihatan saling berpeluk dan dianggarkan berusia lebih dari 3,000 tahun lalu.

Live Science melaporkan pada Jumaat lalu kedua rangka ini ditemui oleh ahli arkelogi dengan cara berpelukan dengan lengan lelaki terletak baik di atas badan wanita. Disebabkan itu, penyelidik telah menamakan pasangan rangka ini sebagai Romeo dan Juliet.

Rami Arav, pengarah projek dan profesor pengajian agama di University of Nebraska Omaha, menyebut kemungkinan pasangan ini meninggal dunia di waktu yang sama. Tetapi pasukannya masih memerlukan masa untuk mencari punca kematian pasangan ini.

“Sangat jarang untuk menemukan sepasang rangka seperti ini,” kata Arav dalam persidangan arkeologi maya yang diadakan oleh New York University dan Israel Antiquities Authority, Oktober lalu.

Setelah mengkaji rangka pasangan terbabit, Arav mengatakan bahawa lelaki itu mati pada usia belasan tahun. Sementara itu, wanita itu pula meninggal dunia pada usia remaja atau awal remaja.

“Kemungkinan mereka mati pada masa yang sama atau sekurang-kurangnya dikebumikan pada masa yang sama sebelum mayat mereka terurai,” kata Arav sebelum menyambung bahawa punca kematian masih lagi dalam siasatan.

Adakah mereka pasangan bercinta?

Arav turut memberi kenyataan mengenai cara rangka ini diletakkan. Dia berkata bahawa dia tidak dapat memastikan sama ada mereka benar-benar pasangan yang bercinta.

Tetapi apa yang jelas, orang yang bertanggungjawab menanam kedua pasangan ini telah meletakkan kedua-dua mereka dalam posisi berpeluk.

Selain daripada itu, para penyelidik juga tidak dapat mengetahui lebih lanjut tentang asal usul mereka – sama ada dari latar belakang elit atau sederhana – kerana tiada apa-apa barang atau persembahan yang diletakkan bersama-sama dengan mereka di dalam kubur.

Tetapi dari sisa-sisa arkeologi dan maklumat sejarah yang masih ada, ahli arkeologi dapat mengatakan bahawa pada masa pasangan itu masih hidup, kawasan itu dihuni oleh orang-orang Syria.

Untuk rekod, kajian di Bethsaida sebenarnya sudah berlangsung sejak tahun 1987 dan berterusan hingga kini. Sementara rangka kedua pasangan ini adalah rangka tertua yang pernah ditemukan oleh pasukan penyelidik.

Terdahulu, saintis mendakwa telah menemui ‘jasad’ Hercules di galaksi Bima Sakti. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Saintis Dakwa Temui ‘Jasad’ Hercules Di Galaksi Bima Sakti




Mati Dalam Pelukan, Ahli Arkeologi Jumpa Rangka 'Romeo Dan Juliet' Berusia 3,000 Tahun Lalu 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo