Artikel Terkini

MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa

MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa 1

MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa 2

MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa 3

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), mendakwa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sebagai terlalu ‘senyap’ dalam menangani isu pemberian pampasan kepada pengguna yang terkesan akibat wabak COVID-19 ketika ini.

“Kami kecewa dengan sikap ‘sepi’ dari pihak berkuasa, termasuk Kementerian Pengangkutan (MOT) dan MAVCOM terhadap isu pampasan oleh syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia,” kata Naib Presiden Pengangkutan Udara MATTA, Shazli Affuat menerusi satu kenyataan hari ini.

Isu itu timbul kerana MATTA berpendapat syarikat-syarikat penerbangan terbabit sewajarnya membuat pampasan, dan pembayaran pulangan kesemua kos penerbangan secara tunai kepada para pelancong atau pelanggan yang terkesan.

“Ini adalah isu prinsip. Memulangkan kembali wang pelancong harus dilakukan kerana ia disebabkan oleh ‘hal-hal luar biasa’,” menurut kenyataan itu lagi.

Selain itu MATTA berkata, isu pampasan tunai, dan bukannya pemberian Nota Kredit seharusnya mendapat perhatian utama syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia.

“Syarikat penerbangan perlu membuat pampasan tunai kepada para pelancong dan para pengembara, dan bukannya pampasan melalui Nota Kredit. Ini kerana, sekiranya syarikat-syarikat ini menjadi muflis atau tidak mampu membayar liabiliti mereka, Nota-nota Kredit ini sudah tidak lagi berguna,” kata Shazli. 

“Sementara syarikat-syarikat penerbangan ini menerima bantuan kewangan menerusi ‘bailout’ untuk menyelamatkan diri mereka, mereka seharusnya membuat pampasan tunai (kepada pelanggan mereka) sekiranya mereka ingin mengembalikan keyakinan orang ramai,” tambah beliau.

MAVCOM Bersuara

Susulan isu pembayaran pampasan yang dibangkitkan oleh MATTA itu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) tampil dengan kenyataan menyangkal hujah yang dikemukakan oleh persatuan itu.

Menurut MAVCOM, syarikat-syarikat penerbangan ketika ini memerlukan masa yang lebih lama untuk memberi respon kepada pelanggan mereka.

“Menurut Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC), mana-mana syarikat penerbangan seharusnya menyelesaikan aduan pelanggan dan membayar pampasan kepada pelanggan dalam tempoh 30 hari dari tempoh resit dikeluarkan,” kata MAVCOM.

“Disebabkan situasi genting yang sedang dihadapi oleh semua pihak sekarang, MAVCOM memberi kelonggaran sementara kepada syarikat penerbangan, dalam usaha kami untuk memberikan masa kepada industri ini memperbaiki keadaan, dan memberikan masa kepada pemain industri ini untuk memberi respon dan membuat pampasan kepada pelanggan mereka,” tambah MAVCOM lagi.



MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa 2

Source link