Infotainment

Mawar Karim Mengaku Sedang Bercinta, Rancang Kahwin Tahun Ini

Mawar Karim Mengaku Sedang Bercinta, Rancang Kahwin Tahun Ini
Mawar Karim Mengaku Sedang Bercinta, Rancang Kahwin Tahun Ini 1

Timbul desas desus mengatakan Mawar Karim sudah berkahwin dengan seorang jutawan di sebuah pusat peranginan sebelum Ramadan lalu, perkara itu dinafikan usahawan itu.

Bagaimanapun memetik mStar Online, Mawar mengakui dia kini sedang berkawan dan mengenal hati budi seseorang lelaki. Ujarnya, dia mengenali lelaki itu sejak tahun lalu.

BACA:  Emosi Mawar Karim Terganggu Dituduh Lari Bayar Hutang

“Tidak ada, saya nafikan sebab saya masih proses mengenali seeorang. Saya harap doakan yang yang baik-baik supaya saya dapat belajar daripada pengalaman perkahwinan sebelum ini dan betulkan keadaan supaya tidak berulang lagi.

“InsyaAllah dalam tahun ni, saya minta doa semua. Tapi tunggu dulu kes mahkamah selesai dulu kot baru fikir pasal tu,” katanya.

Ditanya sama ada lelaki tersebut dalam kalangan selebriti atau ahli politik, Mawar berkata lelaki itu hanya orang biasa yang mempunyai perniagaan sendiri.

“Status saya mengenali seseorang sekarang ini dan dia orang biasa sahaja. Saya dah mengenali orang tersebut dah hampir setahun.

“Kami masih mencari chemistry antara anak saya Maryam dan orang tersebut. Berhubung status lelaki tersebut saya tak boleh nak berkongsi dan komen apa-apa,” katanya.

Terdahulu, Mawar berkahwin dengan Fizo pada November 2013 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan, mereka memiliki seorang anak perempuan Wan Maryam kini berusia lima tahun.


Mawar Karim Mengaku Sedang Bercinta, Rancang Kahwin Tahun Ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list