Artikel Terkini

Maybank sahkan dakwaan kebocoran data sebagai tidak benar

Maybank sahkan dakwaan kebocoran data sebagai tidak benar
Maybank sahkan dakwaan kebocoran data sebagai tidak benar 1

KUALA LUMPUR – Malayan Banking Bhd (Maybank) mengesahkan dakwaan mengenai kebocoran data pelanggan yang dikatakan oleh pihak ketiga adalah tidak benar.

Dalam kenyataan hari ini, bank itu memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa data mereka kekal selamat dan tiada data pelanggan yang terjejas.

“Maybank akan terus memberi keutamaan kepada keselamatan siber dan langkah-langkah perlindungan datanya kerana perlindungan data pelanggan amat penting kepada bank,” katanya.

Menurut kenyataan itu, siasatan telah dijalankan oleh pihak bank.

Menurut satu catatan di Facebook, sebuah laman web telah menyenaraikan butiran 3.5 juta pelanggan Astro, 1.8 juta pelanggan Maybank dan 7.2 juta pengundi pada 7.56 malam pada 25 Disember.

Maklumat bocor itu didakwa melibatkan ID log masuk, nama penuh, tarikh lahir, alamat dan nombor kad pengenalan.- BERNAMA

Maybank sahkan dakwaan kebocoran data sebagai tidak benar 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo