Berita

MDEC anjur MTM2020 | Harian Metro

MDEC anjur MTM2020 | Harian Metro 1

MDEC anjur MTM2020 | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menganjurkan Bulan Teknologi Malaysia 2020 (MTM2020) yang mempamerkan ekosistem digital dan teknologi negara yang mantap dan berpotensi.

MTM 2020 yang juga acara kemuncak MDEC tahun ini bertujuan untuk memberi penekanan dan mengukuhkan peranan Malaysia dalam mengembangkan ekonomi digitalnya dan menjadi peneraju di kalangan negara-negara anggota ASEAN.

Pada masa sama, ia juga bertujuan untuk menarik perhatian masyarakat kepada kesediaan negara dalam memanfaatkan peluang yang wujud pada era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) terutamanya memacu dan memberi inspirasi.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, pihaknya menyediakan peluang bagi menjadikan teknologi digital tertentu sebagai pusat pertumbuhan sosioekonomi Malaysia.

“Untuk mencapainya MDEC harus memastikan inisiatif pada masa ini dan masa depan, tetap relevan dengan keperluan unik syarikat baharu sehinggalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang bercita-cita ingin menjadi syarikat antarabangsa.

“Pada masa sekarang, kebanyakan syarikat terkesan akibat ekonomi yang merudum berikutan wabak Covid-19. MTM 2020 sebagai peluasan strategi dorongan yang berterusan oleh kerajaan untuk membangun dan mempertahankan ekonomi digital, sekali gus membantu mengatur tahap pertumbuhan ekonomi secara digital termasuk menarik pelaburan penting untuk sektor digital dan teknologi,” katanya dalam kenyataan, semalam.

MTM 2020 mempunyai pengisian rangkaian acara meluas merangkumi pelbagai kerjasama membabitkan rakan industri yang berlangsung sepanjang bulan ini.

Bermula dengan persidangan, ia akan diikuti ucaptama dan panel perbincangan dengan penyertaan pemimpin global teknologi.

Ia termasuk Randi Zuckerberg, yang juga bekas Ketua Pemasaran Zuckerberg Media, bekas Perdana Menteri Finland; Alexander Stubb, yang juga bekas Naib Presiden Bank

Pelaburan Kesatuan Eropah dan Ketua Pegawai Maklumat Global ZOOM , Harry D Moseley.

MDEC anjur MTM2020 | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo