Infotainment

Mengimbau Kenangan Masa Kecil, Starbucks Perkenalkan 3 Minuman ‘Fresh’ Mulai Hari Ini

Mengimbau Kenangan Masa Kecil, Starbucks Perkenalkan 3 Minuman ‘Fresh’ Mulai Hari Ini
Mengimbau Kenangan Masa Kecil, Starbucks Perkenalkan 3 Minuman 'Fresh' Mulai Hari Ini 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Starbucks baru sahaja melancarkan 3 minuman yang berinsipirasikan kudap-kudapan masa kecil anda. Minuman tersebut adalah Starbucks Neapolitan Frappuccino, Starbucks S’mores Frappuccino dan Starbucks Chocolate Truffle Nitro Cold Brew.

photo_2021-07-27_14-44-23

Minuman ini sudah mula dijual mulai hari ini di kesemua cawangan Starbucks dan harganya bermula daripada RM17. Pastinya minuman ini akan membawa anda ke memori zaman kanak-kanak anda yang gembira menikmati snek sebagai ganjaran.

Kami telah mencuba ketiga-tiga minuman ini tadi dan setiap satunya memiliki keistimewaan tersendiri. Nak tahu apa istimewanya minuman-minuman ini? Jom baca sampai habis.

1. Starbucks Neapolitan Frappuccino

photo_2021-07-27_14-44-11

Umpama makan aiskrim neapolitan bersama wafer, itulah perasaan yang kami dapat gambarkan apabila menikmati Starbucks Neapolitan Frappucino ini. Malah, gabungan sos mocha, sos strawberi dan serbuk kacang vanila serta wafer cukup sempurna serta rasa manisnya tidak membuatkan anda muak.

photo_2021-07-27_14-44-07

2. Starbucks S’mores Frappuccino

photo_2021-07-27_14-44-14

Nampak ‘simple’ tetapi rasanya akan membuatkan anda seperti sedang berkhemah bersama rakan-rakan. Mana tidaknya, tidak lengkap jika berkhemah tapi tidak ada marshmallow yang dibakar, bukan?

Minuman ini mengabungkan sirap vanila, sos mocha dan kopi serta diletakkan marshmallow bakar dengan taburan keropok graham. Minuman ternyata mempunyai rasa ‘creamy’ dan jika anda mahu sedikit kelainan bolehlah tambahkan kopi dalam minuman ini.

photo_2021-07-27_14-44-18

3. Starbucks Chocolate Truffle Nitro Cold Brew

photo_2021-07-27_14-44-03

Bagi penggemar kopi, anda perlu cuba minuman yang menyegarkan ini. Rasa manis dan masin dalam minuman ini akan membuatkan anda ‘segar’ dan tidak mengantuk.

Gabungan karamel masin bersama chocolate cold foam topping bersama taburan serbuk coklat akan membuka selera anda. Bukan sahaja penggemar kopi tetapi anda yang suka coklat akan menyukai minuman ini.

photo_2021-07-27_14-44-00

Secara keseluruhannya, minuman-minuman ini cukup menyegarkan dan membuatkan kami berasa menikmati snek dan juga pencuci mulut pada zaman kecil-kecil dahulu. Secara personal, kami cukup menggemari Starbucks Chocolate Truffle Nitro Cold Brew kerana tidak terlalu manis dan sangat menyegarkan.

Malah, minuman ini juga boleh dinikmati oleh mereka yang gemarkan coklat mahupun kopi. Kiranya sangat ‘perfect’ untuk dinikmati ketika cuaca panas saat ini agar dapat menyegarkan tekak anda. Tunggu apa lagi? Anda perlu cuba segera!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Starbucks pada pautan di bawah ini.

Pernah Jatuh, Ini ‘Rahsia’ Dan Cara Starbucks Kembali Kuasai Pasaran Kopi Di Seluruh Dunia

Cawan Starbucks Secara ‘Tidak Sengaja’ Muncul Dalam Game Of Thrones


Mengimbau Kenangan Masa Kecil, Starbucks Perkenalkan 3 Minuman 'Fresh' Mulai Hari Ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo