Artikel Terkini

Minyak sawit mentah naik untuk hari ketiga, cecah paras tertinggi

Minyak sawit mentah naik untuk hari ketiga, cecah paras tertinggi 1

Minyak sawit mentah naik untuk hari ketiga, cecah paras tertinggi 2

Minyak sawit mentah naik untuk hari ketiga, cecah paras tertinggi 3

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kukuh, melanjutkan lagi keuntungan untuk hari ketiga selepas menjejaki lonjakan dalam minyak saingan.

Penanda aras Oktober 2020 meningkat RM70 kepada RM2,778 setan, yang tertinggi sejak 10 Feb.

Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Dr Sathia Varqa berkata kenaikan itu disokong oleh keuntungan tiga angka dalam olein sawit serta kenaikan dua angka dalam minyak kacang soya pada Bursa Dalian.

Beliau memberitahu Bernama, harga juga disokong oleh peningkatan yang ketara dalam eksport 1-25 Julai, dengan anggaran tiga hingga 6.50 peratus berbanding dengan negatif 10 peratus pada separuh pertama 2020.

“Niaga hadapan MSM terkunci dalam salah satu daripada peningkatan mingguan yang terbaik, menokok 116 mata atau 4.36 peratus dari Isnin lepas,” katanya.

Pada penutup, Ogos 2020 bertambah sebanyak RM91 kepada RM2,890 setan, September 2020 meningkat RM95 kepada RM2,854 setan, Oktober 2020 melonjak RM70 kepada RM2,778 setan dan November 2020 naik RM48 kepada RM2,713 setan.

Jumlah dagangan menurun kepada 72,835 lot daripada 78,897 lot yang dicatatkan pada Khamis, manakala kepentingan terbuka susut kepada 259,670 kontrak daripada 267,783 kontrak.

Di pasaran fizikal, Ogos Selatan meningkat RM90 kepada RM2,880 setan.

— BERNAMA



Minyak sawit mentah naik untuk hari ketiga, cecah paras tertinggi 2

Source link