Berita

‘Mungkin’ sesuai jiwa Sarah | Harian Metro

'Mungkin' sesuai jiwa Sarah | Harian Metro 2

KELANGSUNGAN kerjaya nyanyian tetap diteruskan Sarah Suhairi, 20, apabila melancarkan single terbaharu berjudul Mungkin.

Walaupun penularan Covid-19 belum berakhir, Sarah tetap optimis.

Apatah lagi, single Mungkin yang dilancar dua minggu lalu bersama video muziknya adalah hasil ciptaan rakan baik yang pernah berduet dengannya iaitu penyanyi, Ariff Bahran.

Berbicara mengenai lagu baharunya itu, Sarah berkata, dia gembira dan bersyukur lagu berkenaan sudah dilancarkan.

Katanya, segala proses pembikinan video muzik pula dibuat sekitar tahun lalu ketika berhadapan kekangan pergerakan.

“Alhamdulillah, saya teruja melancarkan lagu Mungkin ini yang ‘catchy’ dan sedap didengar hasil ciptaan Ariff bersama dua lagi komposer, Rinkarnaen dan Zack Merican. Terus-terang, lagu ini kena dengan jiwa saya sebaik diperdengarkan melodinya.

“Saya tak sangka akan muncul dengan lagu hasil ciptaan rakan sendiri. Terima kasih pada Ariff, Rinkarnaen dan Zack kerana sudi memberikan lagu ciptaan mereka dan yakin dengan vokal saya.

“Bagi saya, lagu Mungkin yang bergenre balada ini sarat dengan mesej tersendiri walaupun masih berkisar mengenai kisah cinta. Harapan saya semoga ia dapat diterima baik pendengar,” katanya.

Mengulas kerjasama dengan tiga komposer serentak, Sarah berkata, dia selesa kerana mereka senang berbincang dan segala urusan berjalan lancar.

Menurutnya, penceritaan dalam lagu itu pun mudah difahami kerana berkait rapat dengan pengalaman hidup.

“Bagaimana ilham lagu Mungkin diperoleh, hanya mereka bertiga yang tahu. Sebagai penyanyi, saya akui sangat tertarik nak merakamkannya kerana melodi serta liriknya cukup mantap,” katanya.

Menurut Sarah, dengan pelancaran single itu dapat membantu mengetengahkan lagi bakat penciptaan lagu dimiliki Ariff. Dia kagum dengan kesungguhan ditunjukkan penyanyi lagu Kata Akhirmu itu.

“Sewaktu mendapatkan lagu ini, Ariff bertanya pada saya jika mahu merakamkan lagu solo. Sebagai penyanyi, takkan saya nak menolak.

“Apabila diperdengarkan lagu ini kepada saya, dapat dirasakan melodi dan liriknya seiring kuat. Saya jadi suka kerana sesuai dengan vokal dan pada masa sama ia dirasa tepat untuk saya rakam dan menyanyikannya,” katanya.

Menurut Sarah, dia gembira maklum balas diterima untuk lagu Mungkin sangat memberangsangkan.

Dia juga bersyukur kerana mampu merakamkan lagu itu dengan baik dan dipenuhi rasa.

Mungkin kini boleh didapati di semua pelantar muzik popular. Video muziknya setakat ini sudah mencatat lebih 245,000 tontonan dan rata-rata komen ditinggalkan pelayar YouTube sangat positif termasuk memuji vokal padu Sarah.

Sarah yang pernah menjuarai Big Stage musim pertama pada 2018 sebelum ini popular dengan lagu seperti Pedih, Nyawa, Raga dan Rise And Fall, termasuk lagu duet iaitu Bicara Rasa, Satu Di Hati dan terbaharu, Entah Apa bersama Aepul Roza.

'Mungkin' sesuai jiwa Sarah | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo