Infotainment

Nabil Mahir Tempah Satu Panggung Wayang Nak Tengok Spider Man

Nabil Mahir Tempah Satu Panggung Wayang Nak Tengok Spider Man
Nabil Mahir Tempah Satu Panggung Wayang Nak Tengok Spider Man 1

Baru-baru ini, pengacara Nabil Mahir menempah satu panggung untuk menonton filem Spider-Man: No Way Home bersama ahli keluarganya.

Menurut Nabil, dia berbuat demikian untuk memastikan mereka sekeluarga dapat menonton dalam keadaan selamat memandangkan kes positif Covid-19 di negara ini masih tinggi.

BACA: Ayda Jebat, Nabil Mahir Tak Cukup Tidur Jaga Anak

“Jika diikutkan sudah dua tahun saya tidak menonton wayang sebab takut nak bersesak dengan orang ramai. Saya memang minat menonton filem di panggung wayang, lebih-lebih lagi filem terbitan Marvel.

“Tapi sejak penularan Covid-19, saya begitu risau nak pergi panggung. Disebabkan itu, ada beberapa filem lain yang saya tidak sempat tengok.

“Jadi, kali ini saya tempah satu panggung dan bawa Ayda serta ahli keluarga lain untuk menonton Spider-Man: No Way Home ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil turut menempah bilik hotel berdekatan dengan panggung wayang berkenaan untuk memudahkan menunaikan solat Maghrib selepas selesai menonton.

“Apabila sudah menempah panggung wayang, saya terfikir pula, bagaimana nak solat? Jadi, saya tempah bilik hotel berdekatan supaya kami dapat solat dengan selesa,” katanya.


Nabil Mahir Tempah Satu Panggung Wayang Nak Tengok Spider Man 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo