Artikel Terkini

Nak beli rumah RM300K? Ini kira-kira simple yang anda kena buat dulu

Nak beli rumah RM300K? Ini kira-kira simple yang anda kena buat dulu
Nak beli rumah RM300K? Ini kira-kira simple yang anda kena buat dulu 1

Bila bab beli rumah ni, ini antara soalan famous yang Tok selalu jumpa:

“Gaji saya RM ’sekian-sekian.’ Berapa harga rumah yang saya layak beli?”

Ada jugak yang anggap gaji RM3,000 tu dah kira solidconfirm lepas nak beli rumah harga RM300,000.

Walhal belum tentu lagi korang layak, walaupun gaji korang okay di mata sendiri.

Nak beli rumah ni, bukan setakat perlu modal je. Ada kira-kira basic yang korang kena buat dulu untuk tahu jumlah kasar harga rumah yang korang layak (dan mampu) beli.

Karang kalau loan tak lepas, jadi dua tiga kali kerja pulak.

Jom, kita hayati sama-sama perkongsian lazat dari Tuan Amir Syahir ni, barulah senang nak budget rumah yang korang nak beli nanti.

Senangnya hidup, makan semua nak ‘bersuap’

Ada follower saya tanya:

“Kalau gaji saya RM2,300, layak ke saya beli rumah?”

Dan bukan seorang ni je yang bertanya.

Boleh kata, bilangan yang ada tak cukup kalau kira pakai jari.

Biasanya gua tak suka suap je korang. Gua suruh belajar kira-kira ni bukan pasal apa. Bila korang tau dan faham, korang boleh kira tanpa masalah walaupun situasi berbeza.

Layan ilmu serupa nasi? Sebab tu susah nak melekat

Kalau gua bagi korang ikan, korang akan kenyang kejap je. Tapi kalau gua bagi korang joran, korang akan kenyang selamanya.

Tapi, itu la manusia. Cari ilmu serupa nasi. Bila lapar, baru nak cari makan.

Bila tak lepas pembiayaan rumah, baru rajin nak tanya orang. Bila dah muflis, baru nak cari jalan penyelesaian, dan bila dah terkena, baru nak cari ilmu.

Sebelum korang memohon, baik korang kira dulu kelayakan korang. Dan ingat jugak ye. Banyakkan fikir dulu sebelum buat hutang jahat.

Ini akan bagi kesan jugak kalau korang tak jaga elok-elok. Jom kita belajar cara kira pembiayaan rumah korang sekarang:

#1: Apa yang wajib kira dulu sebelum beli rumah?

Katakan, gaji kasar korang sebanyak RM2,300. Tapi, lelbih baik korang kira gunakan gaji bersih.

Macam mana nak dapatkan jumlah gaji bersih? Guna formula bawah ni:

  • Gaji bersih = Pendapatan kasar – Potongan tetap (KWSP, SOCSO, Cukai Pendapatan)
  • RM2,300 – RM200 =

#2: Sebulan, berapa banyak yang anda mampu tanggung?

Secara umum, kalau korang bergaji bawah RM3,000, DSR maksimum yang kebanyakan bank benarkan adalah 60%.

Contohnya, kita ambil bank CIMB.

Dengan merujuk pendapatan bersih korang tadi (RM2,100):

#3: Berapa komitmen anda setiap bulan?

Katakan, korang ada ansuran bulanan kereta sebanyak RM350.

Nak senang, korang kira komitmen yang tersenarai dalam CCRIS. Apa je loan yang korang buat, ambil kira sekali.

Jadi, jumlah komitmen korang dengan bank akan jadi:

beli rumah

#4: Berapa jumlah kos sara hidup korang sebulan?

Ini kos sara hidup korang. Ada bank ambil kira, dan ada yang tak.

Sebagai contoh, RM500 untuk kos sara hidup. NDI bergantung kepada tempat tinggal, taraf perkahwinan.

Katakan, ambil contoh NDI RM500:

#5: Kira harga rumah dengan satu cara ini. Senang gila!

Dapatkan anggaran kasar harga rumah yang korang mampu beli dengan formula Rule of 200.

Senang gila nak guna formula ni. Korang hanya perlu darabkan ansuran bulanan tadi dengan 200, dan korang akan dapat anggaran kasar harga rumah yang mampu dibeli.

Cara kiranya macam ni:

  • Ansuran bulanan X 200 = Harga rumah yang korang layak beli

Dengan bayaran ansuran sebanyak RM410 sebulan, harga rumah yang mampu korang beli tak boleh lebih daripada RM82,000.

Disclaimer: Kira-kira ni adalah kiraan kasar je. Sekadar untuk rujukan asas. Nak lagi tepat, korang boleh walk-in ke bank berdekatan. Bawak sekali penyata gaji korang.

Info bonus tentang Rule of 200

Dengan formula ni jugak, korang boleh congak 2 perkara.

Dan sama jugak macam sebelum ni, hanya untuk perkiraan kasar je. Nak tepat lagi, sila la ke bank.

#1: Kira anggaran ansuran bulanan rumah yang anda nak beli

Caranya, kita perlu tahu berapa harga rumah. Kemudian, bahagi dengan 200. Korang akan dapat jumlah ansuran bulanan (anggaran) untuk rumah tu.

Katakan:

  • Harga rumah = RM200,000,
  • RM200,000 / 200 =

Bermakna, ansuran bulanan rumah tu lebih kurang RM1,000 sebulan. Jumlah ni mungkin tak tepat sebab tak tambah sekali dengan Takaful. Tapi takkan lari jauh daripada nombor ni.

#2: Kira harga rumah dengan monthly payment

Yang ni pun, senang nak guna. Formula macam dekat bawah ni:

  • Ansuran bulanan X 200 = Harga rumah

Contoh, kita ambil RM1,250 sebagai ansuran bulanan rumah yang korang nak beli.

Dengan bayaran ansuran bulanan RM1,250 tadi, lebih kurang untuk rumah yang berharga RM250,000. Senang, kan?

Apa anda boleh buat kalau malas sangat nak kira sendiri?

Kalau korang bergaji rendah tapi ada banyak komitmen, korang perlu ada simpanan.

Simpanan dalam Tabung Haji dan ASB boleh korang jadikan dokumen pendapatan sokongan.

Kalau korang malas sangat, isi je semua maklumat dekat laman web ni. Klik sini sekarang.

Jangan pelik kalau kawan korang (yang gaji rendah) boleh lulus pembiayaan perumahan. Korang yang bergaji RM4,000, bank tolak mentah-mentah je.

Ye la. Korang nak rumah yang ada kolam renang. Nak rumah baru dan wangi je.

Komitmen hutang dengan bank pun tinggi. Segala bagai tok nenek hutang kau bela. Sampai yang tak reti nak bayar hutang member pun ada. Kah!

Bila kira-kira dah cantik, baru korang boleh rangka pelan membeli yang teratur. 

Yang penting, bank pun dah senang nak approve pinjaman rumah, sebab korang ada bukti yang korang mampu dan ada kapasiti membeli rumah pada harga tu. 

Macam Tok cakap tadi, nak beli rumah ni bukan takat pada modal je. Ilmu pun kena ada jugak.

Kalau korang nak belajar lanjut lagi pasal ilmu hartanah, beli rumah apa semua ni, Tok nak ajak korang join webinar saudara Faizul Ridzuan ni.

Benda free, tak perlu risau. Yang penting, klik je gambar bawah ni untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

beli-rumah
Nak beli rumah RM300K? Ini kira-kira simple yang anda kena buat dulu 7

Nak beli rumah RM300K? Ini kira-kira simple yang anda kena buat dulu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list