Artikel Terkini

Normal Baharu PKS: Bank perlu percepatkan kelulusan pinjaman, ketepikan CTOS dan CCRIS

Normal Baharu PKS: Bank perlu percepatkan kelulusan pinjaman, ketepikan CTOS dan CCRIS 1

Normal Baharu PKS: Bank perlu percepatkan kelulusan pinjaman, ketepikan CTOS dan CCRIS 2

Normal Baharu PKS: Bank perlu percepatkan kelulusan pinjaman, ketepikan CTOS dan CCRIS 3

KUALA LUMPUR: Institusi perbankan diminta untuk memberi sedikit kelonggaran kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam soal kelulusan pinjaman yang diumumkan kerajaan sebelum ini, terutamanya dari segi semakan rekod kewangan.

Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia Chris Daniel Wong berkata, bank dan institusi kewangan seharusnya mengambil kira suasana perniagaan dalam normal baharu, termasuk memainkan peranan untuk membuka semula ekonomi negara.

Jelasnya lagi, soal kelulusan pinjaman sepatutnya tidak menjadi masalah kerana ia dijamin oleh kerajaan serta Credit Guarantee Corporation Malaysia (CGC), selaras dengan dasar yang ditetapkan kerajaan sewaktu negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Apabila dijamin, bank harus terus melepaskan atau meluluskan pinjaman sedemikian untuk membantu pasaran tempatan.

“Inilah yang orang katakan sebagai new normal, bank harus ketepikan track record berdasarkan CCRIS atau CTOS, kerana ia telah dijamin kerajaan dan CGC,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.

Chris berkata, soal kelulusan pinjaman segera itu amat penting kerana PKS merupakan enjin yang menjana ekonomi negara secara signifikan, dan golongan itu memerlukan aliran tunai untuk memastikan permintaan domestik dapat ditampung dengan stabil.

Selain itu, perniagaan mereka juga perlu dijamin dan disokong kerana sebilangan besar PKS adalah pengeksport barangan ke peringkat global, sekali gus ia dilihat sebagai faktor penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara.



Normal Baharu PKS: Bank perlu percepatkan kelulusan pinjaman, ketepikan CTOS dan CCRIS 2

Source link