Infotainment

Peguam Persoal Layanan Istimewa Neelofa Di Mahkamah

Peguam Persoal Layanan Istimewa Neelofa Di Mahkamah

Peguam Persoal Layanan Istimewa Neelofa Di Mahkamah 1

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai selebriti popular Neelofa dan suaminya, PU Riz didakwa di mahkamah berhubung perlanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Nampaknya, isu tersebut terus menjadi bualan apabila Peguam Negeri Sembilan mempertikaikan layanan istimewa terhadap selebriti itu ketika hadir ke Mahkamah Seremban, Khamis lalu.

BACA: Lebih 60,000 Tandatangan Petisyen Desak Neelofa Dipenjara

Sehubungan itu, mereka membuat aduan kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam-Peguam Negeri Sembilan berhubung perkara berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Peguam-Peguam Negeri Sembilan, Azmi Abdoll Aziz berkata, pihaknyaada menerima aduan pada petang Khamis lalu, hari yang sama kes Neelofa dan suami dihadapkan ke mahkamah.

Aduan tersebut mempersoalkan mengenai kenderaan pasangan itu yang dibenarkan memasuki ke dalam perkarangan mahkamah sedangkan individu lain perlu parkir di seberang jalan dan perlu berjalan masuk sendiri ke dalam.

“Aduan berkenaan dimajukan kepada Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan, Madihah Harullah pada petang Jumaat lalu.

“Kita berharap pihak mahkamah akan memberi maklum balas dalam masa terdekat mengenai perkara terbabit,” katanya.

Terdahulu, kenderaan BMW yang dinaiki Neelofa, 32, dan Mohammad Haris, 26, dibenarkan memasuki dalam kawasan kompleks mahkamah dan dibenarkan parkir di premis disediakan.

Difahamkan, tempat parkir berkenaan hanya untuk kenderaan kakitangan, peguam, polis, pendakwa raya dan pengecualian hanya kepada orang awam (orang kurang upaya).



Peguam Persoal Layanan Istimewa Neelofa Di Mahkamah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo