Artikel Terkini

Pemandu mabuk pandu kereta lawan arus

Pemandu mabuk pandu kereta lawan arus
Pemandu mabuk pandu kereta lawan arus 1

CARDIFF –  Seorang pemandu mabuk memecut keretanya dari arah bertentangan di sepanjang lebuh raya M4 sejauh 48.28 kilometer (km) di persimpangan Cardiff Barat, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pemandu-pemandu kenderaan lain yang ketakutan kemudian bertindak untuk mengelak daripada berlanggar dengan kereta tersebut pada 28 November lalu.

Pemandu itu, James Brennan yang kehilangan saudara kandungnya sendiri dalam kemalangan kereta ketika remaja telah tiga kali memandu melebihi had memandu minum alkohol yang dibenarkan undang-undang.

Dia ditangkap polis selepas hampir terlibat dalam beberapa kemalangan, Mahkamah Mahkota Swansea diberitahu baru-baru ini.

Polis menerima beberapa laporan mengenai kereta Renault Megane berwarna perak menghala ke arah barat di lebuh raya M4, berhampiran persimpangan Cardiff Barat dengan dipandu dari arah bertentangan.

Sebelum kejadian, Brennan telah minum bir di Doom Bar, Guinness dan bir Brew di Wetherspoons.

Bagaimanapun, selepas menghukum lelaki itu dengan hukuman setahun penjara, seorang hakim berkata, beliau tidak tahu bagaimana Brennan masih hidup setelah memandu kereta melawan arus. – Agensi

 


Pemandu mabuk pandu kereta lawan arus 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo