Infotainment

Pembeli Pixel 6 Melaporkan Isu Skrin Hijau, Berkelip Dan Dwi-Lubang Kamera

Pembeli Pixel 6 Melaporkan Isu Skrin Hijau, Berkelip Dan Dwi-Lubang Kamera 1

Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro mula dihantar kepada pengguna yang melakukan pembelian minggu lalu. Ia adalah telefon mercu yang amat dinantikan kerana tahun lalu Google hanya melancarkan peranti kelas pertengahan. Tetapi keterujaan membeli peranti paling berkuasa dari Google ini sedikit tercalar selepas beberapa pengguna melaporkan isu dengan peranti yang diterima.

Pembeli Pixel 6 Melaporkan Isu Skrin Hijau, Berkelip Dan Dwi-Lubang Kamera
Pembeli Pixel 6 Melaporkan Isu Skrin Hijau, Berkelip Dan Dwi-Lubang Kamera 7

Di Reddit isu seperti skrin mempunyai tinta hijau, berkelip-kelip walaupun skrin dimatikan dan memaparkan dwi-lubang kamera mula muncul. Isu tinta hijau ini berlaku saban tahun khususnya pada skrin OLED. Ia menghantui peranti seperti Mate 20 dan beberapa model Samsung. Ia tidak boleh diselesaikan dengan perisian sehingga memerlukan peranti dipulangkan bagi mendapatkan gantian.

Isu skrin berkelip juga agak aneh kerana jarang sekali didengari. Seperti tinta hijau, isu ini berkemungkinan berkait rapat dengan perkakasan. Akhir sekali skrin memaparkan lubang hitam kedua berhampiran lubang kamera sebenar. Ini ialah isu perisian tetapi Google masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai masalah tuna skrin yang dilaporkan pengguna setakat ini.

Sumber GSMArena


Pembeli Pixel 6 Melaporkan Isu Skrin Hijau, Berkelip Dan Dwi-Lubang Kamera 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo