Infotainment

Pemilik Lamborghini Dedah Ejen Produk Kosmetik Salah Guna Video Keretanya Untuk ‘Marketing’

Pemilik Lamborghini Dedah Ejen Produk Kosmetik Salah Guna Video Keretanya Untuk ‘Marketing’

Pemilik Lamborghini Dedah Ejen Produk Kosmetik Salah Guna Video Keretanya Untuk 'Marketing' 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Duit berselerakkan di atas meja, kereta mewah bersusun dan lambakkan parcel bertimbun — Ini antara ‘content marketing’ yang sering kali diguna pakai oleh sebahagian pemain industri produk kosmetik bagi ‘menyakinkan’ orang ramai, lalu merekrut menjadi downline mereka.

Baru-baru ini, seorang pemilik Lamborghini Huracan Performante telah mendedahkan ada seorang ejen produk kosmetik telah menyalahgunakan video kereta miliknya.

Beliau telah memuat naik beberapa status pada IG Story menceritakan bagaimana ejen itu telah menggabungkan video keretanya dengan video produk kosmetik yang ejen tersebut jual, lalu ditambah dengan audio ‘doa khatam Al-Quran’ serta caption ‘sumpah murah rezeki’ pada video tersebut.

vocket-agen-kosmetik-guna-video-lamborghini-16

Sumber Gambar: TikTok Ejen Produk Kosmetik

vocket-agen-kosmetik-guna-video-lamborghini-3

Sumber Gambar: TikTok Ejen Produk Kosmetik

vocket-agen-kosmetik-guna-video-lamborghini-4-1

Sumber Gambar: IG Story Pemilik Lamborghini

Kesan video (sebelum diset ‘private’) yang keluar pada #fyp timeline puluhan ribu pengguna aplikasi TikTok telah membuatkan sebahagian mereka tersalah anggap ejen tersebut berjaya memiliki kereta Lamborghini itu dengan hasil jualan produk kosmetik yang dipromosikannya.

Bahkan ada juga yang turut menunjuk minat mahu mengikuti program menjual produk kosmetik setelah menonton video tersebut yang seolah-olah ‘menjanjikan’ orang ramai boleh mendapatkan order yang banyak, duit bertimbun dan memakai kereta mewah dengan menjual produk kosmetik itu.

Perkara ini telah menyebabkan pemilik sebenar kereta itu berasa kurang senang dengan tindakan ejen tersebut kerana video yang disunting tersebut telah menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai dan boleh menjejaskan imej pihak produk kosmetik tersebut serta pemilik kereta Lamborghini itu.

vocket-agen-kosmetik-guna-video-lamborghini-9

Sumber Gambar: TikTok Ejen Produk Kosmetik

vocket-agen-kosmetik-guna-video-lamborghini-12

Sumber Gambar: TikTok Ejen Produk Kosmetik

vocket-agen-kosmetik-guna-video-lamborghini-11

Sumber Gambar: TikTok Ejen Produk Kosmetik

vocket-agen-kosmetik-guna-video-lamborghini-7

Sumber Gambar: TikTok Ejen Produk Kosmetik

vocket-agen-kosmetik-guna-video-lamborghini-8

Sumber Gambar: TikTok Ejen Produk Kosmetik

Pihak The Vocket telah menghubungi pemilik Lamborghini tersebut bagi mendapatkan butiran lanjut. Beliau sangat terkejut apabila mendapat tahu video keretanya telah disalahgunakan setelah dimaklumkan oleh beberapa followers IG beliau.

“Abang bukan apa, video itu dah ribuan orang tonton dekat TikTok. Takut orang salah anggap ingat kereta saya itu kereta sewa ke atau ingat saya jual produk itu ke. Nanti orang ramai tanya saya pasal produk itu, aduh mana pula saya nak cari.

“Bila orang ramai rasa keliru, nanti kata abang tipu, atau kata pihak sana yang tipu pula. Macam-macam hal boleh jadi nanti. Abang tak kisah kalau nak upload pakai video itu, tapi janganlah edit sampai buat orang ramai terkeliru,” terang pemilik Lamborghini tersebut.

vocket-agen-kosmetik-guna-video-lamborghini-13

Sumber Gambar: IG Story Pemilik Lamborghini

vocket-agen-kosmetik-guna-video-lamborghini-15

Sumber Gambar: IG Story Pemilik Lamborghini

Pemilik asal kereta tersebut turut berkongsi tangkap layar mesej yang beliau terima daripada followers IG yang menyatakan dia juga pernah menjadi ‘mangsa’ kerana dituduh melarikan wang sebanyak RM67,000 setelah gambarnya disalahgunakan oleh pihak lain.

Tambah beliau lagi, walaupun ia cuma satu video pendek lengkap dengan ‘doa dimurahkan rezeki’ tetapi kesan penyalahgunaan video tersebut boleh berpanjangan yang boleh menyebabkan orang ramai terpedaya. Bak kata pepatah orang lama — “Niat yang baik tidak menghalalkan cara.”

Dalam satu kisah lain, seorang warga emas berusia 80 tahun bantu remaja OKU sesat telah dibelasah setelah disangka sebagai ‘penculik’.

Disangka ‘Penculik’, Niat Mahu Bantu Remaja OKU Ini Akhirnya Terbantut

Isa Isarb ‘Cabar’ Aedy Ashraf Untuk Lawan Tinju Secara Sah?

Kecewa Terima Ayam KFC Bersaiz Paket Sos Cili, Luahan Lelaki Ini Curi Tumpuan Netizen



Pemilik Lamborghini Dedah Ejen Produk Kosmetik Salah Guna Video Keretanya Untuk 'Marketing' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo