Artikel Terkini

Penantian sedekad 1,000 penduduk Pangsapuri Indahria berakhir

Penantian sedekad 1,000 penduduk Pangsapuri Indahria berakhir
Penantian sedekad 1,000 penduduk Pangsapuri Indahria berakhir 1

SHAH ALAM- Penantian lebih 10 tahun penghuni Pangsapuri Indahria terhadap kemudahan infrastruktur berakhir apabila kerja-kerja pembaikan akan dimulakan Januari tahun depan.

Ini meliputi tempat parkir kenderaan, sistem pembentungan, paip bomba serta dinding yang seterusnya memberikan kelegaan kepada 1,000 penduduk di situ.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, kerja pembaikan tersebut akan dijalankan oleh syarikat pembangunan Kumpulan IKRAM Sdn Bhd (IKRAM) yang akan mengambil masa kira-kira setahun.

Katanya, kos pembaikan akan menelan perbelanjaan RM24juta yang akan ditanggung kerajaan negeri.

“Lebih 10 tahun penduduk hidup dalam ketakutan serta kebimbangan terhadap keselamatan mereka.

“Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) akan membuat lawatan pada Januari depan bagi melihat sendiri perkembangan kerja-kerja pembaikan,” katanya ketika melawat pangsapuri tersebut di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Rodziah mengesa Syarikat Shanghai Realty (M) Sdn. Bhd. yang membina perumahan itu segera menemuinya bagi membincangkan jalan penyelesaian terhadap beberapa kerosakan yang dialami unit kediaman tersebut.-KOSMO!ONLINE


Penantian sedekad 1,000 penduduk Pangsapuri Indahria berakhir 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo