Infotainment

Pencipta Bateri Litium Meramalkan Sumber Menghasilkannya Akan Habis Dalam Masa 10 Tahun

Pencipta Bateri Litium Meramalkan Sumber Menghasilkannya Akan Habis Dalam Masa 10 Tahun 1

Bateri litium-ion menjadi sumber kuasa pelbagai peralatan elektronik dari telefon, tablet, komputer dan juga kereta elektrik. Permintaannya semakin meningkat terutamanya dalam industri automotif. Tetapi pencipta bateri litium-ion Stanley Whittingham meramalkan sumber untuk menghasilkannya mungkin akan habis dalam masa 5-10 tahun sahaja lagi ketika berucap di acara World Laureates Forum yang berlangsung di Shanghai.

Pencipta Bateri Litium Meramalkan Sumber Menghasilkannya Akan Habis Dalam Masa 10 Tahun
Pencipta Bateri Litium Meramalkan Sumber Menghasilkannya Akan Habis Dalam Masa 10 Tahun 6

Menurut beliau dunia perlu segera mencari bahan alternatif kepada litium, kobalt dan nikel untuk menghasilkan bateri. Sekiranya proses kitar semula bateri litium-ion tidak dilakukan sekarang, harganya akan semakin meningkat kerana sumber yang semakin berkurangan. Beliau turut berkata bateri berasaskan natrium bukan alternatif yang baik pada waktu ini kerana halangan teknikal.

Selain bateri litium dan natrium, bateri yang menggunakan grafena dan silikon juga sedang dibangunkan dengan kepadatan kuasa yang tinggi. Kerana isu kekurangan sumber ini, pembangunan hidrogen biru giat dilakukan dengan Arab Saudi ingin menjadi pengeluar terbesar. Sel hidrogen lebih mudah diisi berbanding bateri tetapi mempunyai kekurangan tidak memberikan kuasa pecutan sepantas bateri.

Sumber Yicai Global

Pencipta Bateri Litium Meramalkan Sumber Menghasilkannya Akan Habis Dalam Masa 10 Tahun 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo