Infotainment

Pendapatan Terjejas, Amir Raja Lawak Tak Kisah Jual Air Tepi Jalan

Pendapatan Terjejas, Amir Raja Lawak Tak Kisah Jual Air Tepi Jalan

Pendapatan Terjejas, Amir Raja Lawak Tak Kisah Jual Air Tepi Jalan 1

Tidak dapat meneruskan aktiviti seni susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelawak Amir Raja Lawak tidak kisah berniaga air minuman demi kelangsungan hidup.

Menurut Amir, dia kini mencari pendapatan dengan menjual air di tepi jalan di Prima Saujana, Kajang. Meskipun keuntungan tidak banyak, namun Amir berkata cukup untuk membeli keperluan harian.

BACA: Amir Raja Lawak Gigih Jual Air Jagung Tepi Jalan

“Setiap hari saya turun berniaga sekitar jam 11.30 pagi hingga 6.30 petang. Kemudian saya pulang rumah, terus sambung buat air lagi pada waktu malam.

“Seawal jam 7 pagi pun, saya sudah bangun untuk buat lagi sebelum bersiap membuka gerai. Disebabkan saya kena menggaji pembantu gerai, adalah dapat keuntungan bersih dalam RM200.

“Tapi, tak kisahlah asalkan ada juga pendapatan untuk beli keperluan harian, itu sudah memadai. Rasa penat belakang kira, asalkan saya dapat menampung belanja sepanjang PKP 3.0 ini,” katanya.

Dalam pada itu, Amir terharu apabila perniagaannya itu mendapat sokongan luar biasa. Katanya dia sudah mula berniaga minuman sejak empat tahun lalu namun kini dilakukan sepenuh masa.

Mengakui pendapatannya terjejas susulan aktiviti seni tergendala, dia mencari inisiatif dengan berniaga asalkan cukup untuk menampung keperluan harian dan lebih selesa hidup sederhana.

“Sepatutnya bulan ini, saya terbabit dalam tiga drama. Namun semua sudah ditunda dan saya kena buat inisiatif berniaga ini untuk terus mencari punca pendapatan.

“Tapi, saya okay saja asalkan ada punca pendapatan yang cukup untuk tampung keperluan harian. Lagipun, bukan banyak barang pun saya beli kerana lebih selesa jalani gaya hidup sederhana.

“Biarlah orang nak anggap apa pun memandangkan saya artis, tapi bagi saya tiada keperluan pun nak bermewah-mewah,” katanya.



Pendapatan Terjejas, Amir Raja Lawak Tak Kisah Jual Air Tepi Jalan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo