Infotainment

Pengguna Tunjuk Bateri iPhone 14 Pro Max Kembung Walaupun Baru Pakai Sebulan

Pengguna Tunjuk Bateri iPhone 14 Pro Max Kembung Walaupun Baru Pakai Sebulan
Pengguna Tunjuk Bateri iPhone 14 Pro Max Kembung Walaupun Baru Pakai Sebulan 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Salah satu peranti Apple yang menjadi perhatian orang ramai pada hari ini adalah iPhone 14 Pro Max. Model ini secara khususnya dilihat menghadapi beberapa masalah serius meskipun datang daripada siri iPhone paling terkini.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, seorang pemilik iPhone 14 Pro Max menerusi kumpulan Malaysia iPhone Users telah berkongsi masalah bateri kembung yang dihadapinya. Agak mengejutkan juga melihat perkara ini boleh berlaku walaupun dimaklumkan baru digunakan dalam sebulan sahaja.

Pengguna Tunjuk Bateri iPhone 14 Pro Max Kembung Walaupun Baru Pakai Sebulan 2
Sumber Gambar: FB Group Malaysia iPhone Users

Difahamkan beliau boleh menuntut waranti untuk peranti tersebut selepas menghubungi pihak Apple. Dalam pada itu, iPhone 14 Pro Max ini juga dikatakan hanya digunakan untuk melayari laman media sosial dan lebih parah lagi Battery Health sudah menurun sebanyak 3% dalam tempoh sebulan penggunaan.

Menjengah ke komen hantaran tersebut, rata-ratanya pengguna mempertikaikan tahap kualiti produk iPhone yang dilihat semakin teruk pada saban tahun. Walaupun harga mencecah lebih RM5,000, para pembeli merasa kualiti yang ditawarkan seperti tidak setimpal dan mula mempersoalkan sejauh mana tahap premium menerusi produk Apple pada hari ini.

Pengguna Tunjuk Bateri iPhone 14 Pro Max Kembung Walaupun Baru Pakai Sebulan 4
Sumber Gambar: FB Group Malaysia iPhone Users
Pengguna Tunjuk Bateri iPhone 14 Pro Max Kembung Walaupun Baru Pakai Sebulan 5
Sumber Gambar: FB Group Malaysia iPhone Users

Model iPhone 14 Pro Max yang baru sahaja dilancarkan pada September lalu dilihat mengalami pelbagai masalah serius seperti skrin berkelip, kamera bergegar dan masalah bug pada perisian. Malah, siri model iPhone 13 Pro juga tidak terkecuali dengan isu white screen yang membuatkan peranti tidak boleh digunakan langsung.

Jika Apple masih tidak menangani isu berkenaan, terdapat kemungkinan majoriti pengguna iPhone beralih ke jenama lain pula kerana merasa tidak berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Dalam pada itu, ramai juga yang menjangkakan masalah white screen juga berpotensi berlaku pada siri iPhone 14 kali ini kerana pengawalan kualiti yang teruk.


Pengguna Tunjuk Bateri iPhone 14 Pro Max Kembung Walaupun Baru Pakai Sebulan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo