Berita

PKPB 14 hari seluruh Sarawak mulai Isnin

PKPB 14 hari seluruh Sarawak mulai Isnin 2

Kuching: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berkuat kuasa selama 14 hari di seluruh Sarawak mulai Isnin ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, penguatkuasaan PKPB itu bermula jam 12.01 tengah malam, Isnin ini hingga jam 11.59 malam, 1 Mac depan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat JPBN Sarawak pada mesyuarat hari ini selepas meneliti jumlah kes harian yang masih berada pada tiga angka.

“Garis panduan prosedur operasi standard (SOP) PKPB itu boleh didapati di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Menurutnya, pergerakan antara zon dalam Sarawak adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Aktiviti ekonomi seperti pasar harian, pasar borong, pasar tani, pasar malam dan bazar larut malam bagi zon yang diisytiharkan sebagai merah adalah tidak dibenarkan beroperasi,” katanya.

Ketika ini sebanyak 11 daerah dikategorikan sebagai zon merah iaitu Julau, Subis, Lundu, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu.

Sementara itu, hari ini terdapat 152 kes positif Covid-19 dikesan di Sarawak iaitu 45 di Sibu, Subis (33), Kapit (23), Julau (11), Song (10), Bintulu (lapan), Miri (lapan), Beluru (empat), Kuching (tiga), Dalat (dua), Samarahan (dua), Bau (satu), Belaga (satu) dan Meradong (satu) menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 6,425 kes.

Kluster Pasai terus menjadi penyumbang terbesar kes baharu jangkitan dengan 74 kes hari ini menjadikan keseluruhan jangkitan kluster berkenaan kini meningkat kepada 2,498 kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • PKPB 14 hari seluruh Sarawak mulai Isnin 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo