Berita

PNB lupus pegangan dalam CCM

PNB lupus pegangan dalam CCM 1

PNB lupus pegangan dalam CCM 2

Kuala Lumpur: Permodalan Nasional Bhd (PNB) melupuskan keseluruhan pegangan saham yang dipegang olehnya dan dana unit amanahnya sebanyak 56.3 peratus dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada Batu Kawan Bhd (BKB) pada harga RM292.8 juta.

Harga itu mewakili premium sebanyak 69 peratus daripada harga saham purata berwajaran tiga bulan dan akan mencetuskan tawaran umum wajib oleh BKB untuk baki saham dalam CCM.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pelupusan itu adalah sebahagian daripada strategi kepelbagaian aset PNB untuk mengimbangi portfolio.

Ia juga katanya, konsisten dengan usaha PNB untuk terus meningkatkan nilai supaya dapat memberi pulangan yang mampan kepada pemegang unitnya.

“Proses penjualan dan penentuan harga yang tepat telah dilakukan secara menyeluruh oleh penasihat kami, Maybank Investment Bank Bhd dan kami berpuas hati dengan harga jualan akhir yang memberikan premium tinggi berbanding harga

pasaran.

“Sepertimana setiap keputusan pelaburan dan pelupusan PNB yang lain, penjualan ini telah dilakukan dengan teliti dan meliputi proses tadbir urus pelbagai peringkat bagi memastikan ianya memenuhi dasar dan objektif pelaburan PNB yang ketat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

CCM adalah pengeluar produk salutan klor-alkali dan polimer yang terkenal di Malaysia, yang juga antara tiga pengeluar utama lapisan polimer untuk industri sarung tangan dan satu daripada pengeluar terbesar klorin untuk rawatan bekalan air.

Dalam tempoh CCM menjadi syarikat strategik PNB, ia telah melalui pelbagai inisiatif termasuk pemisahan CCM Duopharma Biotech Berhad daripada CCM pada tahun 2017 yang memberi syarikat itu ketangkasan untuk meneruskan strategi pertumbuhannya bagi memastikan kemampanan syarikat di masa depan.

Menurutnya, dengan pengalaman dan pengetahuan luas BKB dalam industri kimia, PNB percaya bahawa BKB serasi dengan strategi CCM, dan dapat memperkukuh

kedudukannya sebagai antara peneraju syarikat kimia di Malaysia.

Pada masa sama katanya, pembabitan BKB yang kini diperluas dalam pembuatan bahan kimia industri akan membolehkan CCM untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pasaran geografi yang lebih luas.

“Kami sangat menghargai kepercayaan dan keyakinan pemegang unit kepada kami untuk menghasilkan pulangan bagi pelaburan mereka.

“Kami akan terus berusaha dan bertindak demi kepentingan terbaik mereka.

“Sebagai penjaga kekayaan milik berjuta pemegang unit Bumiputera dan rakyat Malaysia, PNB sentiasa mendukung mandat kami dalam setiap keputusan pelaburan dan terus komited melaksanakan standard pengendalian tertinggi dalam usaha menjana pulangan kepada pemegang unit kami,” katanya.

PNB lupus pegangan dalam CCM 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo