Infotainment

Polis Terima Lima Lagi Laporan, Ayat Manis Jadi Umpan Pendakwah Muda

Polis Terima Lima Lagi Laporan, Ayat Manis Jadi Umpan Pendakwah Muda 1

Hari ini hangat diperkatakan lagi mengenai pendakwah muda yang kini masih dalam tahanan reman apabila pihak polis memaklumkan mereka menerima lima lagi laporan dibuat  terhadap suspek.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, semua laporan itu diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan Petaling Jaya. Polis berkata pihaknya percaya kemungkinan ada pertambahan kes.

BACA: “Suspek Perangkap Mangsa Ajak Keluar Makan, Perdaya Balik Rumah Untuk Seks”

“Siasatan masih berjalan, setakat ini dua daerah terima laporan polis berhubung tindak laku pendakwah terbabit. Polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang.

“Jumlah laporan terkini kira-kira empat hingga lima, jadi kita menyeru pada mangsa-mangsa agar tampil ke hadapan sekiranya mereka mangsa kepada pendakwah ini,” katanya.

Dalam pada itu, polis percaya pendakwah muda berkenaan menggunakan kata-kata manis, dalam usaha menjerat mangsanya. Malah, mangsa mudah tertarik dengan cara pendakwah tersebut kerana cara komunikasinya.

“Kebanyakan mangsa masih muda, usia sekitar 21 hingga 25 tahun, mangsa mungkin tertarik dengan pendakwah itu kerana cara dia mendekati mangsa dalam usia sebegini.

“Apabila dia menggambarkan diri dia sebagai pendakwah yang boleh menenangkan dan meyakinkan mangsa terutamanya bercakap lebih menjurus kepada keagamaan, ini menjadi tarikan kepada mangsa.

“Tarikan dari segi rupa paras itu bergantung pada yang melihat, ada nampak dia tampan, ada sebaliknya tetapi cara dia bercakap yang dapat menarik mangsa,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan kononya pendakwah itu menggunakan ilmu pengasih, polis berkata kitanya tidak mempunyai maklumat berhubung hal itu.

“Ilmu pengasih saya tidak tahu, tapi kadang-kala lelaki warga asing kulit hitam pun boleh dapat gadis yang muda cantik juga. Ini bermakna cara bercakap, mendengar masalah, itu yang menjadi kelemahan wanita apabila mendapat nasihat dan tunjuk ajar.

“Itu adalah satu faktor yang penyebab mereka terjerat dengan pendakwah itu,” katanya.



Polis Terima Lima Lagi Laporan, Ayat Manis Jadi Umpan Pendakwah Muda 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo