Infotainment

Puan Zalina Noor ‘Kitchen Monster’ Juara Pusingan Kedua Usahawan Buletin FM

Puan Zalina Noor 'Kitchen Monster' Juara Pusingan Kedua Usahawan Buletin FM 1

Kini Trending

Puan Zalina Noor 'Kitchen Monster' Juara Pusingan Kedua Usahawan Buletin FM 2

Usahawan Buletin FM yang baru sahaja berakhir hari ini, telah menemui juara untuk pusingan kedua. Pusingan kedua Usahawan Buletin FM menyaksikan Puan Zalina Noor binti Mohd Ali, 47 dari Shah Alam dengan idea perniagaan Kitchen Monster (ready to eat & ready to bake – pastri dan kek) telah diangkat sebagai juara sekaligus membawa pulang RM25 ribu dan slot iklan di Buletin FM bernilai RM175 ribu.

Puan Zalina Noor 'Kitchen Monster' Juara Pusingan Kedua Usahawan Buletin FM 4

Seramai 3 orang peserta telah terpilih untuk melalui 4 cabaran utama antaranya mereka perlu menjual produk di hadapan juri tetap melalui platform digital. Selain itu, mereka juga perlu menghadapi cabaran bagaimana untuk menguruskan pelanggan dimana setiap peserta diberikan situasi bersama pelanggan. Cabaran yang ketiga adalah peserta perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam perniagaan mereka dan yang terakhir adalah mereka perlu menghasilkan iklan radio mereka sendiri.

Cabaran ini telah dinilai oleh juri tetap, Encik Wan Arjunawan Wan Halim, Perunding Perniagaan serta Francais & Ketua Pegawai Eksekutif Entrepreneur Culture Incorporated dan pihak pengurusan Buletin FM. Selain itu, mereka juga perlu melalui 1 lagi cabaran tambahan dimana mereka perlu membentangkan semula idea bisnes mereka secara langsung dihadapan Datuk Seri Johari Ghani. 

Alhamdulillah saya bersyukur kerana dapat memenangi hadiah yang sangat lumayan ini, bukan sahaja wang tunai tetapi juga pengalaman. Saya lihat ini adalah satu pembakar semangat untuk saya menjadi seorang usahawan. Ini bukan pengakhiran tetapi satu permulaan untuk saya.

Terima kasih diucapkan kepada Buletin FM kerana memberi peluang ini dan Coach Wan yang banyak memberi bimbingan sepanjang 3 minggu menjalani cabaran di Usahawan Buletin FM ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, suami dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan menyokong sepanjang perjalanan program ini.

Puan Zalina Noor binti Mohd Ali telah melalui 4 cabaran dan memperoleh peratusan markah sebanyak 79% buat cabaran pertama, 78% untuk cabaran kedua, 86.5% untuk cabaran ketiga dan untuk cabaran keempat Puan Zalina mendapat 68%. Satu cabaran tambahan iaitu pembentangan semula idea bisnes di hadapan Datuk Seri Johari Ghani, telah memperlihatkan beliau mendapat markah sebanyak 55% untuk cabaran tersebut. Jumlah keseluruhan yang diperolehi oleh Puan Zalina Noor menerusi 5 cabaran berkenaan adalah sebanyak 366/500 markah.

Sumber: Buletin Fm


Puan Zalina Noor 'Kitchen Monster' Juara Pusingan Kedua Usahawan Buletin FM 6

The following two tabs change content below.

I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.


Puan Zalina Noor 'Kitchen Monster' Juara Pusingan Kedua Usahawan Buletin FM 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo