Berita

‘Ralat dia tak tinggal pesan’

'Ralat dia tak tinggal pesan' 2

Kluang: “Sewaktu kami ke Kelantan, Ikmal Hakimi yang juga penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) tidak mahu turut serta kerana ingin mengikuti kuliah secara dalam talian bersama seniornya di sini,” kata ayah mangsa, Mahasan Mohd Daud, 50.

Dalam kejadian jam 6 petang Sabtu lalu, anaknya, Ikmal Hakimi, 21, dihanyutkan arus deras ketika kereta Perodua Axia dipandu melalui jalan pintas Kampung Melayu Nyior ke Kampung Bentong di sini.

Mayatnya bagaimanapun ditemui 50 meter daripada kereta berkenaan pada jam 12.20 tengah hari semalam selepas usaha dilakukan penduduk kampung, polis dan pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang bermula awal pagi.

Mahasan berkata, anak sulung daripada lima beradik itu tinggal seorang diri di rumah manakala dia dan ahli keluarga lain berada di Kelantan untuk menziarahi sanak saudara di sana.

Menurutnya, dia reda dengan pemergian arwah anaknya, namun tidak menyangka insiden berlaku dalam keadaan menyayat hati.

“Cuma saya agak ralat, selama ini setiap kali keluar rumah, dia akan memberi tahu saya atau ahli keluarga lain. Namun, kali ini dia tidak meninggalkan sebarang pesan sebelum keluar.

ANGGOTA bomba membawa keluar mayat Ikmal Hakimi.
ANGGOTA bomba membawa keluar mayat Ikmal Hakimi.

“Saya hanya mampu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit mencari anak saya itu hingga jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Haji Manan lewat petang semalam,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, mengikut laporan diterima, mangsa dikatakan mahu ke rumah rakan di kampung Bentong menggunakan jalan dari Kampung Nyior berikutan kebanyakan laluan terputus hubungan.

Katanya, ayah mangsa, Mahasan ada menghubungi rakan mangsa yang juga senior di Usim, namun mendapati mangsa tidak sampai ke rumah berkenaan.

“Susulan itu, ayah mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada jam 6 pagi semalam sebelum gerakan mencari dan menyelamat dilakukan bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang bermula jam 9.20 pagi.

“Hasil daripada operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan, pasukan penyelamat berjaya menemui kereta mangsa di tepi jalan manakala mayat mangsa ditemui hanya 50 meter daripada kenderaan berkenaan,” katanya.

Menurut Hang Seng, mayat kemudian dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan selanjutnya.

'Ralat dia tak tinggal pesan' 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo