Berita

RCEP instrumen penting pemulihan ekonomi

RCEP instrumen penting pemulihan ekonomi 1

RCEP instrumen penting pemulihan ekonomi 2

Kuala Lumpur: Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan menjadi instrumen penting kepada pemulihan ekonomi dan akan menggalakkan pembukaan semula pasaran selain memastikan rantaian bekalan tidak terganggu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perjanjian RCEP penting untuk rantau ini menangani pandemik Covid-19.

Beliau berkata pandemik itu bukan hanya mengorbankan nyawa, tetapi juga menjejaskan ekonomi.

“Dengan cabaran kepada sistem perdagangan global berikutan ketegangan serantau, penting untuk ASEAN terus mengekalkan daya saing sebagai sebuah rantau,” katanya dalam ucapan pada Sidang Kemuncak RCEP ke-4 secara maya hari ini.

Muhyiddin berkata, perjanjian perdagangan bebas (FTA) adalah langkah ke hadapan untuk membantu mengekalkan daya saing melalui galakan kepada perdagangan antarabangsa, pelaburan dan memastikan penawaran tenaga kerja.

Oleh itu, katanya RCEP akan menjadi penggerak utama apabila integrasi ekonomi serantau dalam ASEAN dan rakan dialognya dapat dipertingkatkan.

“Ia amat penting apabila perkongsian ini telah dirundingkan berasaskan tahap pembangunan ekonomi yang berbeza dalam kalangan 15 negara yang mengambil bahagian, untuk memastikan FTA memberi manfaat secara bersama kepada semua.

“Saya yakin ini adalah penanda aras kepada pertumbuhan dan kerancakan kerjasama ekonomi serantau pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia bersama dengan ASEAN dan rakan FTA, mahu menunjukkan kepada dunia bahawa walaupun dengan tahap pembangunan ekonomi yang berbeza, 15 negara boleh bersatu mewujudkan perjanjian perdagangan yang akan saling memberi manfaat, bukan sahaja untuk komuniti perniagaan, tetapi juga kesejahteraan rakyat.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, Malaysia menyedari kesukaran yang kini dihadapi oleh India, dan ingin menyatakan sokongan yang berterusan serta mengalu-alukan penyertaan India dalam RCEP pada masa depan.

Negara itu telah menarik diri daripada rundingan RCEP pada November 2019.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • RCEP instrumen penting pemulihan ekonomi 2

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo