Infotainment

realme 10 Pro 5G Series Tiba Di Malaysia, Tampilkan Teknologi Baharu Bernilai AS$15 Juta

realme 10 Pro 5G Series Tiba Di Malaysia, Tampilkan Teknologi Baharu Bernilai AS Juta
realme 10 Pro 5G Series Tiba Di Malaysia, Tampilkan Teknologi Baharu Bernilai AS$15 Juta 1

Baru-baru ini, realme, jenama telefon pintar paling pesat berkembang di dunia, memperkenalkan peranti tambahan terbaharu, realme 10 Pro+ 5G dan realme 10 Pro 5G yang memperkenalkan teknologi pertama di dunia ketika jenama itu terus membawa teknologi inovatif yang lebih mudah diakses oleh orang ramai.

realme 10 Pro 5G Series Tiba Di Malaysia, Tampilkan Teknologi Baharu Bernilai AS$15 Juta 2

Dengan ciri premium, peranti ini mempertaruhkan segmen paparan melengkung dan rata terbaik menerusi Reka Bentuk Hyperspace yang dibaluti dengan badan ultra ringan dan ultra nipis, sekali gus membolehkan pengguna merasai pengalaman pertama realme UI 4.0 terkini, Siri realme 10 Pro 5G akan tersedia dari 12 Disember 2022 dengan harga bermula RM1,299.00.

Matlamat utama dalam setiap produk baharu realme adalah untuk membawa ciri premium dalam kategori harganya, realme merealisasikan impian ini melalui pelaburan R&D bernilai USD 15 juta bagi memperkenalkan paparan melengkung 120Hz malah dilengkapi dengan lampu peranti berkuasa PWM 2,160Hz pertama di dunia melalui realme 10 Pro+ 5G.

Pengguna juga boleh merasai telefon pintar berkuasa dengan prestasi yang tiada bandingan kerana realme 10 Pro+ 5G dikuasakan menerusi Cipset Dimensity 920 5G, dan sehingga 12GB + 12GB RAM dinamik untuk penggunaan yang lancar sepanjang hari.

Rasai pengalaman mengujakan dengan realme 10 Pro 5G yang dilengkapi dengan paparan tanpa had 120Hz yang membaluti bezel sisi tepi hitam ultra-nipis dengan ketebalan hanya 1mm pertama di Malaysia dalam segmen harganya sekali gus memberikan keseronokan visual yang tidak terganggu.

Snapdragon 695 5G melengkapi peranti ini yang menerajui segmennya malah ini adalah pilihan berbaloi kerana menawarkan keanggunan dan prestasi berkuasa yang luar biasa.

Paparan Lengkung 120Hz bertaraf Premium Pertama bagi Segmennya dengan Bezel Bawah nipis realme

Telefon pintar dengan paparan melengkung sentiasa dianggap sebagai varian yang mempromosikan kualiti mewah dan premium daripada reka bentuk anggun, pengalaman cengkaman dalam tangan yang canggih dan ia melibatkan kos pengeluaran yang tinggi berbanding paparan rata.

Dengan inspirasi ini, realme 10 Pro+ 5G memberikan pengguna muda peranti dengan harga yang lebih berbaloi dan dilengkapi bezel bawah paling nipis realme setebal 2.3mm dan Paparan Melengkung 120Hz bertaraf premium.

realme 10 Pro 5G Series Tiba Di Malaysia, Tampilkan Teknologi Baharu Bernilai AS$15 Juta 3

realme terus membawakan teknologi yang lebih maju kepada penggunanya, paparan melengkung peranti ini juga berupaya menghasilkan pemalapan cahaya 2,160Hz PWM pertama di Malaysia.

Selain itu, ia menawarkan peningkatan 4.5 kali ganda daripada PWM 480Hz konvensional terutama dari segi kecekapan pemalapan, dan 1.7 kali lebih tinggi daripada Standard Pencahayaan Antarabangsa IEEE sebanyak 1,250 Hz, untuk perlindungan mata.

Hasilnya, Paparan Melengkung 120Hz menawarkan perlindungan mata yang berterusan sambil mengekalkan warna yang tepat pada paparan dalam persekitaran gelap.

Reka bentuk Hyperspace dengan Badan Ultra-ringan 178 g dan Ultra-nipis 7.78mm

Falsafah reka bentuk menyumbang kepada penghasilan realme 10 Pro 5G Series yang menawarkan Reka Bentuk Hyperspace unik, diilhamkan menerusi konsep terowong hyperspace.

realme 10 Pro 5G Series Tiba Di Malaysia, Tampilkan Teknologi Baharu Bernilai AS$15 Juta 4

Kualiti yang diperoleh menjadikan peranti ini ultra ringan menerusi tiga dimensi yang dinamik. Siri realme 10 Pro 5G merealisasikan reka bentuk ultra-ringan dengan berat hanya 173g dan 7.78mm ultra-langsing malah ia dilengkapi dengan bateri 5,000mAh yang besar bagi memastikan tiada kebimbangan dalam setiap urusan.

Kamera ProLight 108MP dan Cipset Dimensity 1080 5G

Telefon pintar dengan kamera ciri istimewa shutterbugs sentiasa menjadi pilihan pengguna dan oleh itu realme berusaha memastikan produk terbaharunya tidak ketinggalan memiliki ciri istimewa tersebut sekali gus membolehkan pengguna merakam kenangan istimewa dengan indah.

realme 10 Pro 5G Series didatangkan dengan kamera ProLight beresolusi 108MP dengan Seni Bina Pengimejan HyperShot, yang merangkumi komponen utama fotografi AI terkini, selain QuickShot, Image Fusion dan Super Nightscape.

realme 10 Pro 5G Series Tiba Di Malaysia, Tampilkan Teknologi Baharu Bernilai AS$15 Juta 5

Realme 10 Pro+ 5G dikuasakan dengan Cipset Dimensity 920 5G dan ia menawarkan sehingga 12GB + 12GB RAM dinamik, yang terbesar dalam segmen harganya, bukan itu sahaja ruang storan tanpa tekanan juga mampu menampung kapasiti sehingga 256GB.

Bagi realme 10 Pro 5G, kuasa besar dimiliki 8GB RAM + 8GB DRE adalah terbesar dalam segmennya, dengan sehingga 16GB RAM Dinamik untuk penukaran aplikasi berbilang lancar tanpa gangguan menerusi teknologi Advanced Dynamic RAM Expansion (DRE) yang membolehkan penukaran ROM kepada RAM maya untuk tugasan pelbagai yang lebih lancar.

Bagi memastikan kuasa peranti ini sentiasa di tahap maksimum maka ia dipasangkan dengan Cipset Snapdragon 695 5G sekali gus membolehkan pengguna merasai prestasi dan kelancaran sepanjang hari mereka dengan realme 10 Pro 5G.

Ketersediaan dan Promosi

realme 10 Pro 5G Series akan menganjurkan jualan pra-pesanan dari 8 Disember hingga 15 Disember di Kedai Jenama Rasmi dan Penjual Sah realme Malaysia, di mana pelanggan dan peminat akan mendapat:
* Waranti lanjutan sehingga dua (2) tahun (bernilai RM59)
* 1x realme Band 2 (bernilai RM169)
* 1x Kad Scratch & Win – dengan sejumlah 9 kategori produk untuk dimenangi (bernilai sehingga RM2,999).

Pada 12 Disember, realme akan membawa tawaran istimewa untuk memberi ganjaran kepada peminat sokongan jangka panjang mereka di Lazada. realme 10 Pro+ 5G (8GB+128GB) boleh didapati dengan harga istimewa RM1,399.

Pada 16 Disember, realme 10 Pro 5G Series akan tersedia secara rasmi untuk dijual di kedua-dua Kedai Dalam Talian Rasmi realme Malaysia di Shopee dan Lazada, serta Kedai Jenama Rasmi dan Penjual Sah mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang realme 10 Pro 5G Series dan ketersediaannya di Malaysia, sila layari Facebook rasmi realme Malaysia – https://www.facebook.com/realmeMalaysia/, dan jangan ketinggalan berita terkini!


realme 10 Pro 5G Series Tiba Di Malaysia, Tampilkan Teknologi Baharu Bernilai AS$15 Juta 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo